KUALA LUMPUR:Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan 'Macau Scam'.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata tangkapan pada 1 Januari hingga 31 Oktober itu melibatkan 912 warga tempatan dan 81 rakyat asing.
"Pertuduhan yang telah dibuat berkaitan kes Macau Scam ini ialah 605 orang," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai jumlah kes penipuan Macau Scam serta peringkat umur penjenayah yang terlibat pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pada masa ini, belum ada kajian mengenai umur mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri akan membuat penelitian berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Jonathan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian.
Selain itu, katanya sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan pada Mac 2019 bagi tujuan sama.
Beliau berkata di peringkat dalaman PDRM pula, satu Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang membantu dari segi kepakaran dan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

PDRM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk SKMM, Bank Negara Malaysia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian.

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

AWANI Ringkas: Ahli sindiket dadah terbesar negara didakwa esok | Lima termasuk wanita hamil maut dalam kejadian tembakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal tangki ditahan
Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi ke Indonesia.

#throwback Sofia Jane: "Inilah memorabilia saya"
Perkongsian foto-foto dan cerita lama Sofia Jane di Twitter mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

COVID-19: Thailand perketat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia
Penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah menyebabkan migran berhasrat pulang ke kampung halaman.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan
Serbuan pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi Geng Elango Magna akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

Polis Johor sita dadah hampir RM200 juta, rampasan terbesar dalam sejarah
Polis Johor menumpaskan sindiket antarabangsa dan merampas dadah bernilai hampir RM200 juta yang menjadi rampasan terbesar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini.

Termasuk perangkap sindiket penipuan, kerani akaun rugi RM112,000
Mangsa wanita berusia 40-an itu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.

Enam sekeluarga ditahan edar dadah
Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 66 tahun ditahan menerusi dua serbuan berasingan pada Khamis.

Suami isteri, dua beradik antara ditahan jadikan hotel bajet 'port' edar dadah
Pasangan suami isteri serta dua beradik lelaki, merupakan antara yang ditahan terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah di Bayan Lepas.