SANDAKAN: Sabah mencatatkan seramai 988,680 ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga Mei, meningkat kira-kira 77.1 peratus berbanding 558,169 pelawat bagi tempoh yang sama, pada tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, angka berkenaan jelas membuktikan sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memulih dan membangunkan sektor pelancongan melalui pelbagai program pada tahun ini.
"Pembukaan semula pintu-pintu masuk sempadan negara telah memberi impak positif dan menggalakkan pemulihan sektor pelancongan negeri Sabah.
“Daripada 988,680 pelawat yang datang, seramai 282,450 adalah pelancong antarabangsa manakala 706,230 pelawat tempatan. Anggaran penerimaan pelancongan sebanyak RM2.02 bilion dijana dari Januari hingga Mei 2023.
“Pada tahun ini, kerajaan negeri menjangkakan ketibaan seramai 2.2 juta pelancong ke Sabah, yang dijangka berupaya menjana pendapatan sebanyak RM4.1 bilion,” katanya sempena Pelancaran Festival Sandakan di Padang Bandaran Sandakan, di sini, pada Sabtu, malam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri, Datuk Seri Jeffrey G. Datuk Kitingan.
Justeru, katanya, kerajaan negeri komited merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan yang inklusif terutama promosi pelancongan dan pengembangan jaringan rangkaian udara.
“Pelbagai usaha diambil adalah ke arah menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan paling menarik di Malaysia, sama ada untuk pelancong domestik atau lebih-lebih lagi untuk para pelancong dari luar negara.
"Setakat 1 Ogos 2023, sebanyak 122 penerbangan antarabangsa ke Sabah setiap minggu, manakala 353 penerbangan domestik," katanya.
Mengulas mengenai festival itu, Ketua Menteri berkata, Festival Sandakan 2023 bertemakan “Jom Jelajah Sandakan” diberi perhatian dan keutamaan sebagai antara usaha untuk menarik kembali kedatangan pelancong ke Sabah, selepas pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia lebih dua tahun lalu.
Katanya, sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri dan Lembaga Pelancongan Sabah, membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memberikan komitmen dan sokongan yang padu khusus untuk memajukan industri pelancongan di negeri ini.
“Sandakan sendiri mempunyai banyak destinasi pelancongan yang dikenali bukan saja pelancong tempatan malah antarabangsa.
"Daerah ini terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi eko-pelancongan di Sabah contohnya, Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu serta Borneon Sun Bear Conservation Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary, Sandakan Heritage Trails, Sandakan Memorial Park dan Puh Jih Shih Temple,” katanya.
Walaupun ketika ini tiada data ketibaan pelawat mengikut daerah tersedia, Hajiji berkata, bilangan pengunjung di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok sebagai tarikan utama di Sandakan boleh dijadikan indikator atau penunjuk.
“Sejak Januari hingga Jun 2023, seramai 56,794 orang membabitkan 28,501 pelancong domestik dan 28,293 pelancong antarabangsa yang datang ke pusat berkenaan,” jelas beliau.
“Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga Sandakan untuk terus memberi sokongan penuh agar festival pada tahun ini akan menjadi titik tolak bermulanya transformasi terhadap industri pelancongan di daerah ini.
“Saya juga mengajak semua pemain-pemain industri pelancongan, usahawan, penggiat seni, budaya dan sukan, badan bukan kerajaan (NGO), jabatan serta agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing agar matlamat untuk menjadikan Sandakan sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai,” kata beliau lagi.
Sejajar dengan itu, Ketua Menteri mahu Majlis Perbandaran Sandakan dan semua pihak yang berkaitan agar melipat gandakan usaha dalam menambahbaik infrastruktur serta kemudahan yang ada di daerah ini termasuk kebersihan antara perkara yang perlu diberi perhatian serius.
Radhi Muslim
Sun Aug 06 2023
Sejak Januari hingga Jun 2023 sahaja, seramai 56,794 orang membabitkan 28,501 pelancong domestik dan 28,293 pelancong antarabangsa yang datang ke pusat berkenaan sekali gus boleh dijadikan indikator atau penunjuk jumlah pelancong ke Sabah.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.
GIF2024 sasar 150,000 pengunjung
Pameran yang bermula dari Rabu hingga Ahad ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mempromosikan budaya India di rantau ini.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.