MALAYSIA
Hampir 10 tahun digazet kawasan perlindungan marin terbesar Malaysia, apa khabar Taman Tun Mustapha?
Taman Tun Mustapha (TTM) terletak di penghujung utara Sabah, Malaysia. Ia meliputi kawasan marin seluas hampir 900,000 hektar, menjadikannya taman marin terbesar di Malaysia. - Eric Madeja/WWF-Malaysia
KUDAT: PADA awal pagi di Kampung Tajau Laut, laut berkilauan seperti kaca, dihiasi bot-bot nelayan kecil yang menuju ke perairan. Angin bayu menyapu lembut wajah, sementara bunyi ombak memecah keheningan pagi. Di tepi pantai, sekumpulan penyelam skuba komuniti sibuk mengangkat tangki oksigen ke dalam bot, bersiap sedia untuk turun ke dasar laut.
Di beranda kecil inap desa miliknya, Junaidi Awang Bulat, 51, melambai mesra ke arah kumpulan belia tersebut. Ujarnya, mereka sedang bersiap untuk memantau serta menyelenggara tukun karang. Menghadap keluasan Laut Sulu, siapa sangka di dasar perairan ini terhampar lebih 1,000 kerangka besi “Reef Stars” berbentuk heksagon yang berfungsi sebagai tapak tumbesaran karang.
Pada bulan Mei lalu, lebih 12,000 serpihan karang telah diikat pada kerangka-kerangka tersebut melibatkan lebih 500 peserta, termasuk penyelam profesional, pelajar, komuniti kampung dan sukarelawan yang berganding tenaga selama hampir dua minggu. Hasilnya melakar sejarah apabila usaha itu diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai program penanaman serpihan karang terbesar di negara ini.
Meliputi kawasan seluas dua kilometer dari Simpang Mengayau ke Pulau Kalampunian di dalam kawasan Taman Tun Mustapha (TTM), bibit-bibit terumbu yang telah ditanam ini bakal mekar dan menjadi “rumah” kepada pelbagai spesies ikan dan hidupan laut. Bagi Junaidi, ia bukti bahawa sebuah komuniti nelayan kecil mampu menjadi peneraju pemuliharaan marin.
“Pada mulanya memang sukar,” imbas Junaidi yang telah memulakan usaha konservasi laut di kampungnya sejak 2014 dengan hanya tujuh orang, namun terpaksa dihentikan ekoran masalah kewangan. “Orang kampung tanya, kenapa tanam karang kalau tiada duit? Tetapi apabila mereka nampak ikan mula kembali dan pelancong datang, barulah fikiran mereka berubah.”
Usaha itu kemudiannya dihidupkan semula melalui projek pemuliharaan karang menggunakan kaedah Mars Assisted Reef Restoration System (MARRS), yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah dan dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan, WWF-Malaysia serta Taman-Taman Sabah pada 2023. Berikutan komitmen tinggi komuniti serta kesesuaian kawasan, Kampung Tajau Laut dipilih sebagai salah satu tapak utama dengan pemasangan sekitar 300 rangka terumbu (Reef Stars).
Kini, penduduk bukan sahaja terus memantau dan menjaga tapak tersebut, malah telah melancarkan inisiatif “adopsi karang” yang diiktiraf oleh Taman-Taman Sabah. Pendapatan daripada program ini digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan dan pemantauan tapak pemulihan karang. Kampung Tajau Laut turut diiktiraf sebagai Tapak Pembelajaran Komuniti untuk pemulihan karang, membuka peluang kepada pelawat tempatan dan antarabangsa untuk merasai sendiri pengalaman menanam karang.
Selain itu, kampung ini turut mengendalikan inap desa, aktiviti selaman, dan ekopelancongan, membuka peluang pendapatan alternatif di luar sektor perikanan. Lebih daripada itu, terumbu karang yang sedang pulih bukan sahaja mengembalikan ikan dan hidupan laut, malah berfungsi sebagai benteng semula jadi menentang hakisan pantai, satu solusi berasaskan alam terhadap impak perubahan iklim.
Pengurusan Berasaskan Komuniti
Terletak dalam lingkungan Segitiga Terumbu Karang yang diiktiraf sebagai pusat biodiversiti marin dunia, TTM merupakan habitat kepada lebih 500 spesies ikan, 250 spesies karang, penyu laut dan dugong yang terancam, serta hutan hujan primer, bakau, dan rumput laut yang signifikan. Kepentingan sosio-ekonomi kawasan ini tidak boleh diabaikan, dengan lebih 80,000 penduduk pesisir bergantung pada sumber lautnya untuk kelangsungan hidup dan pendapatan harian.
Kampung Tajau Laut bukan satu-satunya komuniti di TTM yang mempelopori usaha perlindungan alam sekitar marin. Rudy Agansai dari Kampung Bavang Jamal, Simpang Mengayau berkongsi pengalaman komuniti memulihara penyu sejak 2003. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti pencemaran plastik dan pembangunan pesisir, semangat mereka tidak luntur. "Kalau kita tidak jaga penyu, siapa yang akan menjaganya," jelas Rudy. Bavang Jamal kini menjadi tapak pembelajaran konservasi penyu, melatih penduduk memantau sarang dan mengumpul data.
Di Pulau Banggi pula, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Banggi turut menjalankan pemulihan karang menggunakan kaedah MARRS serta menggabungkan ekopelancongan komuniti bagi menjana pendapatan alternatif. Beberapa kilometer di luar kawasan TTM, Kampung Berungus di Pitas telah melindungi perairannya lebih dua dekad, sekaligus diiktiraf sebagai Other Effective Area-Based Conservation Measure (OECM) pertama di Malaysia. OECM atau langkah-langkah lain bagi pemuliharaan berasaskan kawasan yang berkesan, adalah kawasan yang diurus komuniti bagi memberi manfaat terus kepada biodiversiti tempatan.
Di sebalik usaha ini, WWF-Malaysia memainkan peranan penting sebagai penghubung, membimbing komuniti serta menyediakan alat pemantauan. “Peranan kami adalah menyokong komuniti sebagai penyelesai masalah, bukan sekadar penerima bantuan kerana komuniti jugalah yang tahu penyelesaian terbaik,” kata Joannie Jomitol, Pengurus Habitat Marin dan Komuniti, WWF-Malaysia.
Di Kampung Tigabu umpamanya, pengetahuan tradisi turun-temurun mengenai lokasi penyu bertelur digabungkan dengan teknologi moden. Dengan sokongan WWF-Malaysia, penduduk Orang Asal menggunakan sistem GPS, aplikasi mudah alih, dan helaian data digital untuk merekod pendaratan penyu, hasil tangkapan ikan dan perubahan ekosistem marin. “Kita perlu melihat komuniti sebagai rakan kongsi yang setara untuk memastikan kelestarian usaha pemuliharaan,” ujarnya.
Penduduk Tigabu mengurus tapak penetasan penyu dan kawasan marin mereka sendiri. Data yang dikumpul berfungsi untuk membantu komuniti membuat keputusan bersama demi penjagaan sumber marin secara lestari. Berbeza daripada model pengurusan tradisional yang bersifat ‘top-down’, TTM direka bentuk untuk bersifat inklusif memberi ruang kepada penduduk setempat untuk terlibat secara langsung dalam proses perancangan dan tadbir urus taman ini.
Tadbir Urus Kolaboratif dan Cabaran
Jika komuniti ialah nadi TTM, tadbir urus ialah tulang belakangnya. Sejak awal, TTM mengamalkan model pengurusan bersama yang melibatkan Taman-Taman Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, WWF-Malaysia, serta komuniti tempatan. Namun penyelarasan bukan mudah. Proses rundingan dan penyelarasan agensi mengambil masa 13 tahun sebelum taman ini digazetkan sebagai Kawasan Perlindungan Marin (MPA) pada 2016.
“Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk bina kepercayaan, daripada penduduk tempatan yang pada awalnya bimbang hilang sumber rezeki hinggalah agensi yang bergelut dengan mandat bertindih,” kata Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim.
Kini, hampir sedekad kemudian, TTM terus berdiri sebagai model pengurusan bersama dan pemuliharaan yang dipacu komuniti. “Ia menunjukkan pemuliharaan bukan tentang mengecualikan mana-mana pihak, tetapi rundingan berterusan," kata Dr. Maklarin. "TTM bukti bahawa dengan ketekunan, komuniti dan kerajaan boleh mengurus bersama sumber semula jadi."
Namun begitu, pelan pemuliharaan tidak bermakna tanpa dana untuk melaksanakannya. Pembiayaan mampan jangka panjang kekal cabaran utama. Buat masa ini, peraturan TTM masih dalam proses dimuktamadkan, ekoran pindaan kepada Enakmen Taman Sabah bagi memasukkan elemen pembiayaan mampan dan pengurusan bersama. Jika diluluskan, TTM akan menjadi MPA yang pertama dengan tadbir urus kolaboratif yang pertama seumpamanya di Malaysia.
TTM menyumbang kepada komitmen antarabangsa Malaysia, termasuk Sasaran Aichi untuk memulihara sekurang-kurangnya 10% kawasan pantai dan marinnya. Ia juga menyumbang kepada peningkatan peratusan kawasan marin yang dilindungi atau diurus sebagai MPA kepada 11% untuk Sabah dan 2.1% untuk Malaysia, selaras dengan Matlamat 30x30, iaitu sasaran biodiversiti global untuk melindungi dan memulihara sekurang-kurangnya 30% daripada daratan dan lautan bumi menjelang 2030.
Sistem Pengezonan dan Ilmu Tradisional
Bagi menyeimbangkan keperluan pemuliharaan dan sumber ekonomi penduduk, kawasan marin TTM dibahagikan kepada empat zon khusus dengan strategi pengurusan yang disesuaikan. Sebagai contoh, Zon Pemeliharaan melindungi habitat kritikal seperti terumbu karang daripada gangguan, manakala Zon Pengurusan Komuniti membolehkan nelayan tempatan meneruskan aktiviti mereka secara lestari.
Menurut Lawrence Kissol Jr., Timbalan Pengarah Perikanan (Operasi), Jabatan Perikanan Sabah, proses pengezonan tidak hanya berpaksikan data ekologi, tetapi juga pengetahuan dan keperluan komuniti yang hidup bergantung kepada laut. “Selain daripada pendekatan saintifik, pendekatan kami ialah mendengar daripada mereka sendiri, kawasan mana yang ingin mereka guna. Kami juga menghargai pengetahuan tradisional kerana ia sangat penting,” jelasnya.
Pengezonan turut menjadi kunci dalam mengurangkan konflik antara nelayan tradisional dan komersial di TTM. Kawasan tangkapan bot pukat tunda dihadkan, sekali gus mengurangkan perebutan kawasan perikanan dan memberi ruang stok ikan untuk pulih. “Kita perlu beri kesedaran bahawa aktiviti menangkap ikan masih boleh dijalankan, cuma bukan di kawasan tersebut. Dan paling penting, mereka faham bahawa langkah ini untuk kebaikan jangka panjang,” ujar Lawrence.
Di timur TTM, penutupan bermusim bagi jerung dan pari berdasarkan kajian WWF-Malaysia dan Marine Research Foundation turut membantu mengekang tangkapan sampingan (bycatch). Selain menjadi kawasan tumpuan biodiversiti, pewartaan TTM turut membawa kesan positif kepada komuniti dan ekosistem laut. Ekoran hasil pemantauan yang giat dijalankan, aktiviti perikanan haram dan tidak terkawal berjaya dikurangkan, selain kesedaran pemuliharaan dalam kalangan masyarakat setempat semakin meningkat.
Pengajaran untuk Masa Depan
Mengimbau kembali sembilan tahun sejak pewartaan TTM memberi beberapa pengajaran penting: Penglibatan komuniti tidak boleh diketepikan. Dari Tajau Laut hingga Berungus, pemuliharaan kekal kerana penduduk setempat terlibat langsung. Kolaborasi perlukan masa. Proses sedekad membuktikan pemuliharaan inklusif lebih perlahan tetapi lebih mampan.
Model TTM kini menjadi inspirasi. Taman-Taman Sabah merancang untuk mewujudkan Teluk Darvel sebagai kawasan perlindungan marin baharu, menggunakan pendekatan kolaboratif TTM sebagai asas. Pada masa sama, TTM sedang dipersiapkan untuk pencalonan ke Senarai Hijau Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), pengiktirafan antarabangsa bagi pemuliharaan berkesan dan adil.
Model pengurusan taman secara kolaboratif dan inklusif ini menjadikan TTM berbeza daripada kawasan perlindungan lain sekaligus membuktikan bahawa pemuliharaan dan kesejahteraan komuniti boleh bergerak seiring. “Taman ini bukan sekadar tentang biodiversiti, tetapi tentang manusia juga,” ujar Dr Maklarin. "Itulah legasi TTM."
Kini, Kampung Tajau Laut bukan sahaja menjadi contoh pelancongan lestari, tetapi juga pusat pembelajaran bagi komuniti lain. Bagi Junaidi, yang kini melatih komuniti lain dalam pemuliharan karang dan ekopelancongan, legasi TTM sangat peribadi. “Dulu sebelum taman ini digazet, kawasan ini paling teruk dibom ikan. Kini, dengan terumbu yang semakin pulih, orang melihat kami sebagai penjaga laut,” katanya penuh bangga.