awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 2.5 juta permohonan BPR tidak diluluskan - Yamani Hafez

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2021
04:54 MYT
Hampir 2.5 juta permohonan BPR tidak diluluskan - Yamani Hafez
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, semua maklumat penerima telah direkodkan dan disemak berdasarkan agensi- agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hampir 2.5 juta permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak diluluskan kerana tidak menepati syarat kelayakan.
Timbalan Menteri Kewangan 2, Yamani Hafez Musa berkata, antara sebab utama permohonan tidak lulus adalah pendapatan pemohon melebihi syarat kelayakan.
Menurut beliau, semua maklumat penerima itu telah direkodkan dan disemak berdasarkan agensi-agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Statistik yang tidak lulus, mungkin saya boleh kongsikan bagi permohonan BPR jumlahnya adalah agak ramai iaitu hampir 2.5 juta permohonan dan antara sebab utama permohonan tidak lulus adalah pendapatan melebih syarat kelayakan.
“Kita buat semakan ini menerusi agensi pendapatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, Bendahari Negeri dan LHDN.
“Selain itu, status perkahwinan mereka perlukan pengesahan dan semakan ini juga berdasarkan data Jabatan Agama Islam Negeri bagi yang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mereka yang bukan Islam,” katanya.
Tambah beliau, ada di antara permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai kenderaan dan kediaman yang melepasi kemampuan B40.
Yamani Hafez berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Anyi Ngau (GPS - Baram) yang menyentuh isu BPR pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Begitupun, beliau berkata, pemohon yang tidak lulus boleh membuat rayuan dengan menyediakan atau membuktikan kadar pendapatan mereka.
“Kita beri ruang untuk membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen berdasarkan alasan tidak lulus untuk semakan semula LHDN dan sekiranya menepati syarat, mereka boleh menerima bantuan,” katanya.
Topic Berkaitan
#permohonan BPR
#Dewan Rakyat
#LHDN
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan