MALAYSIA
Hampir 3,000 km persegi kawasan berisiko tanah runtuh dipetakan - Arthur
Arthur berkata, pemetaan seluas kira-kira 2,966 km2 itu dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), meliputi kawasan pertanian aktif di tanah tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hampir 3,000 kilometer persegi (km2) kawasan berpotensi berlakunya kejadian tanah runtuh di seluruh negara telah dipetakan setakat ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh pengurusan cerun serta perancangan pembangunan yang lebih selamat.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata pemetaan seluas kira-kira 2,966 km2 itu dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), meliputi kawasan pertanian aktif di tanah tinggi.
Beliau berkata antara kawasan yang terlibat ialah Cameron Highlands seluas 475 km2 dan Kundasang seluas 370 km2, dengan hasil pemetaan tersebut dijadikan rujukan strategik dalam merancang langkah pencegahan awal, penyelenggaraan cerun serta penentuan lokasi pemasangan sistem amaran awal tanah runtuh.
"Hasil pemetaan ini dimanfaatkan menerusi penyediaan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) yang dikongsi bersama agensi perancang dan pelaksana seperti PlanMalaysia dan Jabatan Pertanian bagi menyokong perancangan guna tanah yang lebih teratur, selamat dan mampan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai cadangan pelaksanaan pemetaan menyeluruh kawasan perladangan monokultur mengikut kecerunan bagi menilai risiko banjir lumpur dan tanah runtuh, serta melindungi kawasan tadahan kritikal susulan tragedi di Sumatera Barat pada November 2025.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini