awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat

Bernama
Bernama
06/03/2022
03:12 MYT
Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat
Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar 7 pagi tadi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.
"Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat reda pada 9.45 malam dan hujan renyai hingga tengah malam.
"Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar 7 pagi tadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 50 anggota termasuk APM, bomba dan polis digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan termasuk mengalihkan barang di rumah mangsa ke tempat selamat.
Menurutnya kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada tahun ini di kawasan itu, selepas kawasan sama dinaiki air Disember lepas dan pihaknya sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Jelebu
#hujan lebat
#angkatan pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan