awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak tiga hari ekoran cuaca buruk

Bernama
Bernama
27/02/2022
08:07 MYT
Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak tiga hari ekoran cuaca buruk
Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas ekoran cuaca buruk. - Gambar BERNAMA
KUALA BESUT: Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas ekoran cuaca buruk.
Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.
"Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ombak Besar | Pelancong terkandas di Pulau Perhentian
Beliau berkata sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik hari ini.
"Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.
"Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini," katanya.
Sementara itu, Astro AWANI juga menghubungi salah seorang pelancong yang terperangkap di Pulau Perhentian sejak Jumaat lepas, Muhammad Hafizuddin Mohd Sanip.
Dia yang terkandas di pulau itu bersama rakan-rakannya dan berkongsi cerita yang bekalan makanan mula dicatu dalam kalangan pelancong akibat kebimbangan terputus bekalan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Pulau Perhentian
#cuaca buruk
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan