awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'

Bernama
Bernama
29/06/2022
11:55 MYT
Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata kekurangan projek susulan situasi pandemik COVID-19 juga menjejaskan kebanyakan kontraktor daripada kelas G1 hingga G4.
"Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh memperbaharui lesen adalah kerana tidak mempunyai baki akaun modal yang mencukupi mengikut kelas kontraktor masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Negeri Kelantan kali ke-45, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Rosdi, yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan, berharap supaya kerajaan sentiasa melakukan pemantauan berhubung peningkatan harga bahan binaan serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kontraktor Melayu ketika ini.
Beliau berkata rata-rata kontraktor ini tidak mampu menceburi bidang lain kerana kekurangan modal dan juga terpaksa menanggung hutang bank.
"Oleh itu, kita minta supaya kerajaan membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontraktor melayu
#gulung tikar
#kenaikan harga barang
#Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia
#PKMM
#COVID-19
#Mohd Rosdi Ab Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan