awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco

Bernama
Bernama
22/03/2024
23:00 MYT
Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Dilaporkan sehingga 21 Mac lalu, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data di sistem PADU.
KAMPAR: Kerajaan Negeri Perak berharap tempoh pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berakhir 31 Mac ini dilanjutkan bagi memastikan sasaran 1.8 juta penduduk berusia lebih 18 tahun di negeri itu dapat dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata ini kerana masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di negeri ini masih belum mendaftar dan kebanyakannya terdiri dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
"Di pihak kerajaan sendiri sama ada diperingkat pusat atau negeri telah berusaha sedaya upaya namun beberapa faktor perlu diambil kira termasuk kekangan daripada sudut tenaga kerja yang menjadi pemudah cara dalam membantu rakyat mendaftar.
"Selain itu, kekangan daripada sudut jaringan telekomunikasi khususnya di kawasan pedalaman turut menyumbang kepada kekangan rakyat untuk mendaftar. Jadi, saya mohon lanjutan tempoh waktu pendaftaran itu dipertimbangkan oleh kerajaan pusat," katanya ketika penyerahan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris Allahyarham Nurrul Anisah Dek Kamil yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal 10 Mac lalu, di sini, semalam.
Dilaporkan sehingga 21 Mac lalu, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data di sistem PADU yang telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu.
Daripada jumlah tersebut, seramai 590,000 penduduk di Perak telah berdaftar di bawah sistem berkenaan.
Dalam pada itu Mohd Azlan berkata beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menyebarluas kepentingan PADU kepada segenap lapisan rakyat.
"Alhamdulillah, pada awal pelancaran kita nampak agak perlahan namun menuju ke hari-hari terakhir ini pendaftarannya mula meningkat dan menunjukkan perubahan meskipun berdepan pelbagai kekangan," katanya.
Sementara itu beliau berkata PERKESO telah menyumbangkan sebanyak RM2,000 melalui Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan pencen penakat berjumlah RM434.50 sebulan kepada waris Allahyarham Nurrul Anisah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PADU
#Kerajaan Negeri Perak
#pendaftaran PADU
#Mohd Azlan Helmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan