awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 93 peratus pilih tingkatkan kadar kegelapan cermin kereta - undian

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2016
00:00 MYT
Hampir 93 peratus pilih tingkatkan kadar kegelapan cermin kereta - undian
Netizen bersetuju dengan cadangan menaikkan had maksimum kegelapan cermin untuk mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari.
Netizen dalam satu tinjauan Astro AWANI baru-baru ini bersetuju dengan cadangan menaikkan had maksimum kegelapan cermin kereta atas beberapa sebab, termasuk bagi mengelak daripada bahang cahaya matahari.
Setakat ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan kenderaan bercermin gelap adalah satu kesalahan di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Kadar peratusan yang dibenarkan masih kekal buat masa ini iaitu 70 peratus untuk cermin belakang, 50 peratus bagi empat cermin sisi dan 30 peratus bagi cermin hadapan.
BACA: Cermin gelap kereta bukan aksesori, tetapi keperluan - pengguna
Dalam satu undian di laman web astroawani.com (setakat 7 malam Ahad), 92.17 peratus orang ramai yang mengambil bahagian mengundi agar peratusan cermin gelap dinaikkan.
Manakala hanya 7.83 peratus yang mengundi agar kegelapan cermin kereta dikekalkan pada kadar ketika ini.
Antara reaksi yang diterima adalah, cermin gelap atau tinted dipasang bertujuan mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta.
@501Awani panas weihh kalu x pasang. Try lahh
— Che Raihan Roslan (@iLeeLaiHan) July 9, 2016
Malaysia ni panas. kalau pakai 50% pun serupa xpakai tinted. Jpj oh jpj.
— SFS (@ShahroleFahmie) July 9, 2016
Yup. Tinted pasal cuaca panas dan bahang sangat. https://t.co/9SOz9djtRu
— Zulfa Ramadhani (@ZzulfaA) July 9, 2016
@501Awani deme reti ke idok? Paneh wei??
— ariel (@ariel5885) July 9, 2016
Malaysia nie panas la..ada ke x leh pasang tinted,allow for tinted yg terang2..still panas lago okay..apa la JPJ nie...
— KhusairyAbdullah (@mohammadchai) July 10, 2016
@501Awani zaman skrg bukannya 1950an lg.
— afizal ONEXOX (@33a56e9bd3b64ec) July 9, 2016
Bulan lalu, dalam satu temubual bersama Pengarah Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo, beliau menegaskan buat masa ini kerajaan masih belum membuat sebarang penetapan baharu berhubung perkara berkenaan.
Topic Berkaitan
#aksesori tambahan
#cermin gelap
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#peratusan kegelapan maksimum
#tinted
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan