awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir hilang dua jari akibat tersepit pada pintu kaca

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2020
09:13 MYT
Hampir hilang dua jari akibat tersepit pada pintu kaca
Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pengumpil. -JBPM
Seorang pekerja premis peruncit kecantikan dan kesihatan di Jelutong, di sini, hampir kehilangan dua jarinya apabila tersepit selama lebih 30 minit pada pintu kaca automatik premis berkenaan pada Selasa.
Bagaimanapun pekerja wanita berusia 23 tahun itu diselamatkan anggota bomba yang datang tidak lama kemudian.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pekerja terbabit dikatakan sedang mengemas dan secara tiba- tiba dua jarinya tersepit pada pintu kaca berkenaan.
Berikutan itu pihak pengurusan premis berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan jari mangsa.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.10 tengah hari.
"Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pengumpil.
"Mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut" katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#kesihatan
#mangsa
#Pekerja
#pintu kaca
#pusat gerakan operasi
#tersepit
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan