Seramai 4.65 juta pelajar sekolah rendah dan menengah mendaftar pada sesi persekolahan 2018 di 10,200 buah sekolah seluruh negara, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata daripada jumlah direkodkan sehingga 8 Jan lalu itu, 2.66 juta adalah murid sekolah rendah manakala 1.99 juta merupakan pelajar sekolah menengah, tidak termasuk pelajar Tingkatan Enam Rendah.
Justeru, beliau berkata kerajaan komited melengkapkan kemudahan prasarana asas terutamanya di sekolah-sekolah daif dengan peruntukan RM2.5 bilion yang diumumkan menerusi Bajet 2018.
"Daripada jumlah itu, RM1 bilion diperuntukkan untuk pembaikan sekolah daif di Sarawak, RM1 bilion (Sabah) manakala RM500 juta (Semenanjung)," katanya pada program Dialog Temubual Khas Bersama Menteri Pendidikan yang disiarkan di saluran TV1, malam tadi.
Dalam program satu jam itu, Mahdzir berkata kerajaan menyasarkan penyertaan prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas meningkat, masing-masing kepada 80 dan 94 peratus tahun ini.
"Bilangan kelas prasekolah juga akan diperluas sebanyak 71 kelas. Keutamaan ini akan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas," katanya.
Mengenai kadar keciciran pelajar di sekolah menengah, Mahdzir berkata satu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah dan Modul Serlahkan Keunggulan Diri bagi membendung masalah keciciran pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dilaksanakan mulai tahun ini.
"Peratusan keciciran murid di sekolah menengah menurun daripada 1.6 peratus (2016) kepada 1.36 peratus (2017). Kementerian akan meneruskan usaha mengurangkan kadar keciciran murid di semua peringkat sekolah terutamanya di sekolah menengah dengan sasaran penurunan kepada 1.3 peratus tahun ini," katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, beliau berkata Skuad Peningkatan Enrolmen Menengah (SEIIT) yang diterajui Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama penguatkuasa setempat dan komuniti juga diwujudkan bagi melaksanakan intervensi berfokus di daerah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Satu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah dan Modul Serlahkan Keunggulan Diri bagi membendung masalah keciciran pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dilaksanakan mulai tahun ini. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Garis Panduan PEERS KPM tingkatkan kesedaran kesihatan reproduktif masyarakat - Fadhlina
Ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Langkah tangani insiden bahan kimia, nuklear dalam garis panduan baharu KKM
Langkah kesiapasiagaan petugas kesihatan bagi menangani insiden melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan merupakan antara inti pati lima garis panduan baharu KKM.
Kabinet setuju lulus garis panduan perancangan pusat data - Kor Ming
Jemaah Menteri pada Selasa lepas bersetuju meluluskan penerimapakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Tujuh prinsip tangani cabaran penyalahgunaan AI - Lih Kang
Penyalahgunaan kecerdasan buatan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk etika, privasi dan keselamatan dan memerlukan pengawasan lebih ketat di peringkat nasional dan antarabangsa.
Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bakal berakhir serta pelaksanaan agenda reformasi pendidikan dalam negara antara fokus Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2025.
MCMC adakan rundingan awam, bangun garis panduan penyedia perkhidmatan Internet, media sosial
MCMC akan mengadakan rundingan awam bagi membangunkan garis panduan komprehensif bagi pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.