MALAYSIA
Hampir RM330 juta diperlukan baiki infrastruktur awam terjejas MTL - Nanta
Nanta bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan sebanyak RM327.8 juta diperlukan setakat ini bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, RM225.9 juta diperlukan untuk kerja membaiki jalan raya, RM47.4 juta pembaikan komponen bukan turapan di jalan Persekutuan manakala kira-kira RM54.5 juta pembaikan cerun runtuh.
Beliau berkata angka itu berdasarkan laporan kerosakan semasa dan berkemungkinan meningkat sekiranya terdapat laporan baharu.
"Pada masa ini kami masih mempunyai bajet untuk kerja pembaikan tetapi kita lihat dahulu sejauh mana keadaan monsun kali ini. Setakat ini keadaannya agak terkawal... tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang lebih teruk dan kami berdoa agar ia tidak menjadi lebih buruk," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kad Pendaftaran Personel Binaan Baharu CIDB di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Zainora Zainal.
Nanta berkata KKR mempunyai peruntukan teras sedia ada bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera dan permohonan peruntukan tambahan akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sekiranya kos keseluruhan melebihi bajet semasa.
Beliau turut merujuk kepada kelulusan peruntukan khas RM500 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bagi memperbaiki infrastruktur awam yang rosak akibat banjir di beberapa negeri, yang menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pengurusan impak musim monsun.
"Peruntukan RM500 juta itu bukan sepenuhnya untuk KKR, ia meliputi keseluruhan pengurusan bencana. Sebahagian besar perlu diselaraskan melalui NADMA," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini

- Q: Berapakah jumlah anggaran yang diperlukan oleh Kementerian Kerja Raya untuk membaiki kerosakan infrastruktur awam akibat Monsun Timur Laut?
A: RM327.8 juta diperlukan setakat ini, dengan RM225.9 juta untuk membaiki jalan raya, RM47.4 juta untuk pembaikan komponen bukan turapan di jalan Persekutuan, dan kira-kira RM54.5 juta untuk pembaikan cerun runtuh. - Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kerja Raya sekiranya kos keseluruhan melebihi bajet semasa?
A: Peruntukan tambahan akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan sekiranya kos keseluruhan melebihi bajet semasa. - Q: Apakah maklumat mengenai peruntukan khas RM500 juta yang diluluskan oleh Perdana Menteri bagi memperbaiki infrastruktur awam yang rosak akibat banjir?
A: Peruntukan khas RM500 juta itu bukan sepenuhnya untuk KKR, meliputi keseluruhan pengurusan bencana dan perlu diselaraskan melalui NADMA.