MALAYSIA
Hampir seratus peratus peniaga di Pasar Besar Seremban guna beg plastik biodegradasi
Arul Kumar menjawab pertanyaan wartawan pada Kempen Shared Reusable Bag di Pasar Besar Seremban, hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Hampir seratus peratus peniaga di Pasar Besar Seremban beralih kepada penggunaan beg plastik biodegradasi yang lebih mesra alam dan boleh terurai secara semula jadi.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J. Arul Kumar berkata komitmen peniaga menjadikan pasar itu sebagai contoh terbaik pelaksanaan larangan penggunaan plastik sekali guna di Negeri Sembilan.
Beliau berkata usaha itu juga membuktikan kejayaan dasar kerajaan negeri terhadap larangan penggunaan plastik sekali guna di semua premis perniagaan sejak 2022.
"Beg plastik biasanya mengambil masa beratus tahun untuk terurai dan menghasilkan mikroplastik yang akhirnya membahayakan kesihatan manusia serta hidupan laut.
"Sebab itu kita mahu semua peniaga beralih kepada beg biodgradasi, penggunaan beg guna semula dalam kalangan pembeli juga tetap digalakkan," katanya kepada pemberita pada Kempen Shared Reusable Bag di Pasar Besar Seremban di sini hari ini.
Arul Kumar berkata tiada caj dikenakan kepada pembeli bagi setiap beg plastik biodegradasi namun masyarakat tetap digalakkan menggunakan beg guna semula.
Beliau berkata kerajaan negeri turut memasukkan larangan penggunaan plastik sekali guna sebagai syarat permohonan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kalau ada peniaga masih enggan mematuhi syarat itu, lesen perniagaan mereka boleh dibatalkan. Langkah ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesihatan manusia terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Peniaga di Pasar Besar Seremban beralih kepada beg plastik biodegradasi yang mesra alam, setuju dengan larangan plastik sekali guna.
- Komitmen peniaga menjadikan pasar contoh terbaik larangan plastik sekali guna di Negeri Sembilan, menunjukkan kejayaan dasar kerajaan negeri.
- Tiada caj dikenakan kepada pembeli bagi beg plastik biodegradasi, namun galakan penggunaan beg guna semula terus diberikan.