SETELAH hampir setahun bercerai, bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Berita tersebut dikongsikan oleh Sarah menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagram, difahamkan Sarah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu pada 21 Mei lalu.
"21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day," tulisnya.
Difahamkan juga, ini merupakan pernikahan Sarah yang ketiga.
Menerusi laporan portal Brillio, majlis pernikahan tersebut dikatakan berlangsung mewah di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, Sarah tampil cantik dan anggun seperti puteri raja, mengenakan gaun putih. Sementara Andy selesa menggayakan tuxedo.
Sebelum ini, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020. Namun, rumah tangga yang dibina tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang.
Hasil perkahwinan, Sarah dan Tegar dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian. -- Gempak
Gempak
Tue May 23 2023
Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang. - Gempak
Korea Selatan ingin 'heret' Korea Utara ke UNSC
Korea Selatan merancang untuk mengadakan mesyuarat umum bersama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada pertengahan Jun.
Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan dengan Korea Utara
Majlis Keselamatan Negara (NSC) Presiden Korea Selatan pada Isnin memutuskan untuk menggantung pakatan ketenteraan antara Korea pada 2018 sehingga sikap saling mempercayai dengan Korea Utara dipulihkan.
Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana
Tentera Zionis memusnahkan 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya.
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan Houthi menyasarkan tapak tentera di bandar pelabuhan Israel Eilat di kawasan Umm al-Rashrash dengan peluru berpandu balistik baharu.
Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana
Jabalia dan Beit Hanoon di Gaza utara diisytihar kawasan bencana. 50,000 kediaman, rangkaian sisa kumbahan, dan jalan raya musnah akibat serangan Zionis.
PM Palestin harap gencatan senjata segera di Gaza
PM Palestin, Mohammad Mustafa, menganggap situasi di Gaza sebagai bencana kemanusiaan dan berharap inisiatif baharu akan membawa kepada gencatan senjata segera.
PM Palestin harap gencatan senjata segera di Gaza
Perdana Menteri Palestin berharap inisiatif terbaharu diumumkan akan membuka laluan kepada gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Wanita maut tercampak keluar dari kereta, suami cedera
Seorang wanita meninggal selepas kereta suaminya terbabas di Kilometer 27, Jalan Pan Borneo; cuaca hujan menjadi faktor dalam kemalangan tersebut.
Mexico pilih Claudia Sheinbaum sebagai Presiden wanita pertama
Sheinbaum akan menggantikan mentornya, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada 1 Oktober depan.
Israel sahkan kematian empat tebusan di Gaza
Kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga
Bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Elica Paujin dinobat sebagai juara Big Stage 2022
Persoalan siapa bakal menjadi juara Big Stage 2022 akhirnya terungkai apabil Elica Paujin diumumkan sebagai juara program tersebut.