MALAYSIA
Hampir tiga tahun tiada ambulans, warga Felda berhasrat serah petisyen kepada KKM
Jawatankuasa bertindak turut mengumpul tandatangan petisyen secara fizikal dan dalam talian sejak 1 Jun, sehingga laporan ini disiarkan terdapat 2,100 tandatangan berjaya dikumpulkan. - Foto penduduk
KUALA LUMPUR: Warga Felda Gunung Besout berhasrat untuk menyerahkan petisyen rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan sebuah ambulans.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ambulans Felda Gunung Besout, Mohamad Amirruddin Majid, 46, berkata klinik kesihatan Gunung Besout tidak dilengkapi ambulans sejak 2022.
Menurut Amiruddin, isu tersebut melibatkan nyawa dan diharapkan dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya amat berharap pihak-pihak berkaitan terutama sekali KKM untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu unit ambulans khas untuk klinik kesihatan kami, sekiranya isu ni berpanjangan mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya.
Beliau turut menceritakan detik cemas pada 5 Jun lalu, apabila berlaku kemalangan dan menyebabkan penduduk harus menunggu ambulans selama dua jam dari Hospital Slim River yang berjarak 20 kilometer (km) dari Felda mereka.
“Tak munasabah dengan jarak yang dekat ini tapi lewat untuk mendapat tindak balas daripada pihak yang berkaitan, itu amat mengecewakan kami (penduduk),” katanya.
Rancangan Felda Gunung Besout yang terletak di Slim River, Perak telah ditubuhkan pada lewat 70-an, dianggarkan hampir 12,000 penduduk daripada keluarga peneroka dan para petugas yang menetap di Felda itu.
Amirruddin berkata, terdapat pelbagai golongan dari tua dan muda yang memerlukan perkhidmatan ambulans pada waktu kritikal.
“Kebanyakan peneroka yang ada sekarang berumur lebih daripada 70 tahun, jadi banyak yang telah uzur, ada penyakit tiga serangkai. Memang kita memerlukan sangat ambulans untuk membawa mereka dari klinik kesihatan sekiranya ada isu penyakit-penyakit kritikal,” katanya.
Jawatankuasa bertindak turut mengumpul tandatangan petisyen secara fizikal dan dalam talian sejak 1 Jun. Sehingga laporan ini disiarkan, terdapat 2,100 tandatangan berjaya dikumpulkan.
Selain daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jawatankuasa bertindak juga bercadang menyerahkan petisyen kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Muhammad Zulfadli Zainal; Exco Kesihatan Negeri Perak, Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan; dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.