MALAYSIA
Hannah fail notis bankrap terhadap pensyarah Kamarul Zaman

Hannah Yeoh (kiri) memfailkan notis kebankrapan terhadap Kamarul Zaman (kanan) kerana gagal membayar ganti rugi RM400,000 dan kos RM80,000 berhubung kes fitnah. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, memfailkan notis kebankrapan terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff selepas gagal membayar ganti rugi RM400,000 berhubung kes fitnah lapan tahun lepas.
Ringkasan AI
- Hannah Yeoh memfailkan notis kebankrapan terhadap pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, kerana gagal membayar ganti rugi RM400,000 dan kos RM80,000 berhubung kes fitnah.
- Notis difailkan pada 9 Julai dan disampaikan melalui iklan akhbar selepas gagal diserahkan secara peribadi; Kamarul Zaman memohon penggantungan keputusan sementara menunggu rayuan.
- Kes saman fitnah berkaitan dakwaan Kamarul Zaman pada 2017 bahawa Hannah mempunyai agenda memurtadkan dan mempromosikan agama Kristian melalui platform politiknya.
"Kami tidak dapat menyerahkan notis berkenaan secara peribadi, lalu memperoleh perintah mahkamah pada 29 Julai untuk penyampaian melalui iklan akhbar," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sangeet berkata Kamarul Zaman memfailkan permohonan menggantung keputusan mahkamah itu pada Julai lepas susulan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
"Belum ada perintah penggantungan keputusan mahkamah itu sehingga tarikh pendengaran pada 28 Ogos ini. Oleh itu plaintif (Hannah) berhak untuk menguatkuasakan penghakiman mahkamah pada 30 Mei lepas," kata peguam itu.
Pada 30 Mei lepas, Hakim Datuk Aliza Sulaiman membenarkan tuntutan saman fitnah Hannah selepas menolak hujahan defendan (Kamarul Zaman) bahawa beliau tidak mempunyai locus standi.
Saman fitnah yang difailkan pada 2022 itu tercetus daripada dua hantaran Facebook oleh Kamarul Zaman antara 10 dan 17 Mei 2017, yang mendakwa Hannah mempunyai agenda memurtadkan dan menggunakan platform politiknya untuk mempromosikan agama Kristian.
Kamarul Zaman juga merujuk kepada autobiografi Hannah bertajuk "Becoming Hannah: A Personal Journey" sebagai bukti kepada agenda berkenaan, serta mendakwa Hannah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Dalam penyataan pembelaan, Kamarul Zaman menafikan hantaran tersebut sebagai fitnah dan menegaskan kenyataannya adalah berasas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami