MALAYSIA
Hannah harap Pearly-Thinaah fokus permainan lepas tandatangan kontrak

Hannah Yeoh berharap Pearly Tan (kanan) dan M. Thinaah (kiri) dapat memberi tumpuan penuh kepada latihan dan pertandingan selepas menandatangani kontrak baharu bersama BAM. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap pemain beregu wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan selepas menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ringkasan AI
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Pearly Tan dan M. Thinaah dapat memberi tumpuan penuh kepada latihan dan pertandingan selepas menandatangani kontrak baharu bersama BAM.
- Hannah lega isu kontrak berjaya diselesaikan dan menzahirkan penghargaan kepada Presiden BAM atas usaha menjaga kebajikan pemain, serta menegaskan pasangan ini mendapat sokongan penuh termasuk dalam program Road to Gold.
- Pearly-Thinaah sah kekal bersama BAM hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan mereka.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Azura Abidin.
Menurut Hannah pasangan beregu itu tidak perlu bimbang kerana menerima sokongan penuh daripada BAM termasuk kemudahan latihan dan khidmat kejurulatihan.
"Pearly dan Thinaah juga termasuk dalam program Road to Gold. Saya percaya dengan sokongan padu yang diberikan, mereka mampu mencatat kejayaan dalam kejohanan akan datang," katanya.
Spekulasi mengenai masa depan pasangan beregu utama negara itu akhirnya terjawab pada Khamis (10 Julai) apabila Pearly-Thinaah memutuskan untuk terus bernaung di bawah BAM, sebagaimana diumumkan oleh Tengku Zafrul.
Keputusan itu menyaksikan mereka kekal bersama BAM sehingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami