KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyeru golongan belia agar mengisi masa masing-masing pada hujung minggu dengan berusaha meningkatkan kemahiran serta mencari kemahiran baharu bagi membolehkan mereka menambah pendapatan.
Beliau turut menggesa golongan itu agar "mengikut minat masing-masing" ketika berusaha meningkatkan kemahiran diri dan berkata "kemelesetan ekonomi tidak mampu menghalang jika anda memiliki kemahiran yang sesuai."
Yeoh berkata demikian ketika berucap pada program SEEKscapes iaitu inisiatif pembangunan kerjaya antara sektor awam dan swasta bagi membantu belia mengenal potensi mereka dan menemukan matlamat kerjaya untuk diri anjuran JobStreet Malaysia.
Beliau juga meminta pemilik perniagaan agar menganjurkan kursus latihan pada hujung minggu untuk belia bagi melengkapkan program Skills for Life kementerian itu yang dilaksanakan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam usaha memperkasa golongan berkenaan dengan kemahiran tambahan.
Program itu diadakan pada hujung minggu menggunakan pendekatan 'Do It Yourself' khusus untuk belia daripada kumpulan B40 dan M40 selain golongan berisiko serta minoriti dan mereka yang sudah bekerja berumur 40 tahun ke bawah.
"Generasi muda tidak seharusnya takut untuk keluar dari zon selesa mereka untuk mempelajari kemahiran baharu. Kuatkan minda dan luangkan masa dengan melibatkan diri dengan orang lain untuk membina rangkaian anda sendiri.
"Meskipun anda tidak begitu berjaya dalam SPM, anda juga mampu mencapai kejayaan yang sangat cemerlang dalam hidup," katanya sambil menambah beliau mengenali ramai individu dalam kategori ini yang telah menempa kejayaan dalam kerjaya mereka.
Yeoh memuji JobStreet Malaysia kerana menganjurkan program itu dan melahirkan rasa kagum kerana terdapat juga pemprofilan personaliti untuk hadirin bagi membantu mereka lebih mengenali diri sendiri sambil mengemukakan cadangan kerjaya yang sesuai.
Ribuan belia telah mendaftar untuk menghadiri acara dua hari itu yang turut menyaksikan penglibatan syarikat yang mencari pekerja seperti Teleport, Sports Direct, Genting Malaysia, Big Bad Wolf Books dan Sunway Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Hannah meminta pemilik perniagaan agar menganjurkan kursus latihan pada hujung minggu untuk belia bagi melengkapkan program Skills for Life yang dilaksanakan ILKBS. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.