awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah Yeoh tegur pemakaian Joe Flizzow

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2024
23:30 MYT
Hannah Yeoh tegur pemakaian Joe Flizzow
Sebagai ketua pengawas, saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya, kata Hannah Yeoh (kiri) mengenai Joe Flizzow (kanan). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai perwatakan penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan tular di aplikasi TikTok.
Menerusi klip video dipercayai sedutan daripada dokumentari istimewa berjudul 'This Is Johan' mengenai penyanyi tersohor itu, Ahli Parlimen Segambut tersebut menyifatkan pemilik nama sebenar, Johan Ishak berbeza dengan rakan yang lain.
"Uniform dia (Joe Flizzow) selalu sedikit berbeza dari yang lain, dia pakai seluar 'baggy', baju selalu tak 'tuck in' (dimasukkan ke dalam).
"Sebagai ketua pengawas saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya,” kongsi wakil rakyat DAP itu.
Hannah dan Joe merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor.
Sementara itu, menerusi potongan klip video sama, Joe yang juga pelantun lagu Satu Malam Di Temasek dilihat membalas kenyataan Hannah terhadapnya.
"Nakal lebih elok berbanding jahat. Nakal tak apa. Degil tak apa, jangan jahat je," ujar penyanyi yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Too Phat.
Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton menerusi platform penstriman hiburan, Viu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#This Is Johan
#pelajar SMK Subang Utama
#Joe Flizzow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan