awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2024
10:49 MYT
Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard
Laporan polis dibuat oleh Nadia (tengah) bersama Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi (dua dari kiri). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Satu laporan polis dibuat terhadap Che’gubard atau nama sebenar, Badrul Hisham Shaharin berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, menerusi hantaran di Facebook.
Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri berkata, hantaran tersebut turut memaparkan maklumat peribadi Nurul Izzah termasuk nama dan alamat yang bersifat sulit.
Menurutnya, ia secara tidak langsung mengganggu-gugat keselamatan dan privasi diri serta keluarga mangsa.
“Saya berharap agar tindakan serius dapat diambil terhadap pemilik akaun Facebook itu dan individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat serta dokumen peribadi tanpa kebenaran.
“Ini untuk memastikan segala maklumat, data, hak privasi dan keselamatan semua dilindungi serta perkara tersebut tidak akan berulang kepada orang lain,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap Nurul Izzah yang mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) serta menerima gaji sebanyak RM35,000.
Hantaran tersebut turut menyatakan Nurul Izzah dibekalkan dua kakitangan dengan gaji antara RM5,000 hingga RM20,000.
Dalam pada itu, tambah Nadia, pengguna media sosial perlu bertanggungjawab dengan perkongsian masing-masing.
“Pastikan kesahihan kerana negara ini adalah negara yang berundang. Tak pasti jangan kongsi,” tegasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#laporan polis
#Che gubard
#Nurul Izzah
#PKR
#kenyataan berunsur fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan