Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Hantu air: Satu Malaysia terkena

Sinar Harian 06/10/2018 | 23:09 MYT
Satu video tular beberapa hari lepas menunjukkan seolah-olah ada tangan di dalam air yang boleh menyebabkan seorang kanak-kanak lemas sekiranya tidak berpaut pada bapanya. - Foto media sosial
Beberapa hari lalu, tular satu klip video seorang kanak-kanak dipegang hantu air ketika sedang mandi bersama bapanya di sebuah kolam renang.

Lokasi kolam renang itu tidak dapat dipastikan namun rakaman video pendek itu mengundang pelbagai persepsi netizen.

Ada yang mengatakan bahawa tangan itu merupakan tangan 'hantu air'.

Ada juga yang mengatakan bahawa hantu air itu boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut lemas sekiranya tidak berpaut pada bapanya.

Bagimanapun, pada Sabtu, muncul video berkenaan yang berdurasi lebih panjang iaitu selama 52 saat.

Rakaman itu menunjukkan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki di tepi kolam.

Kanak-kanak itulah yang dikatakan sebagai hantu air oleh netizen yang terpedaya dengan video tular tersebut.

Jadi, jawapan tangan misteri itu sudah terjawab. Satu Malaysia kena ‘game’.

#bapa #hantu air #Kanak-kanak #Kolam renang #tangan misteri #Tular #video