awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 0.05 peratus guru bermasalah

Bernama
Bernama
12/12/2012
23:41 MYT
Hanya 0.05 peratus guru bermasalah
Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian.Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya semalam.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.
Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.
Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.
"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya lagi.
Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah.
Topic Berkaitan
#Datuk Johari Mat
#Dr Moh Puad Zarkashi
#guru
#Kementerian Pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan