NATIONAL

Hanya 1.4 peratus petugas kesihatan lengkap divaksin dijangkiti COVID-19 - Dr Noor Hisham

Astro Awani 19/07/2021 | 10:52 MYT
Majoriti kes adalah dalam kategori 1 dan 2, sekali gus menjadi satu lagi bukti keberkesanan vaksin. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Hanya 3,465 atau 1.4 peratus daripada lebih 245,000 petugas kesihatan yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti kes membabitkan kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing tiada gejala dan bergejala ringan, yang membuktikan bukti keberkesanan vaksin.

"Seramai 245,983 petugas kesihatan telah menerima dos vaksin lengkap. Daripada jumlah itu, hanya 3,465 atau 1.4 peratus dijangkiti COVID-19.

"Daripada jumlah itu, 2,327 atau 67.2 peratus dalam kategori 2 manakala 1,132 atau 37.6 peratus dalam kategori 1," katanya menerusi Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tambah Dr Noor Hisham, masing-masing hanya tiga petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 berada di kategori 3 (radang paru-paru) dan 4 (perlu bantuan oksigen) dan tiada yang berada di kategori 5 (rawatan ICU).

"Vaksin menyelamatkan nyawa dan kita boleh belajar untuk meneruskan hidup dengan COVID-19 di sekeliling kita," ujarnya.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #vaksin #petugas kesihatan #Kategori 1 #tidak serius