awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 31 hotel ada sijil halal di Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2022
06:17 MYT
Hanya 31 hotel ada sijil halal di Selangor
Sejumlah besar hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). - (Gambar hiasan)
SHAH ALAM : Sejumlah besar hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pada masa ini hanya terdapat 31 hotel di negeri ini yang memperoleh SPHM.
Menurutnya, pengusaha hotel yang masih belum mendapatkan pensijilan halal juga diingatkan tidak menggunakan istilah 'bufet Ramadan'.
"Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.
"Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Justeru, katanya, semua pengusaha hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang belum mempunyai SPHM diminta untuk mengemukakan permohonan pensijilan halal dengan segera bagi membolehkan promosi bufet Ramadan dibuat sepanjang bulan itu.
"Masyarakat juga dinasihatkan supaya memilih dan mengutamakan premis yang memiliki SPHM yang sah," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#hotel di Selangor
#sijil halal
#bufet ramadan
#SPHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan