KUALA LUMPUR: Hanya tujuh negeri yang telah melaksanakan Undang-undang Antilompat Parti sejak ia berkuat kuasa pada 5 Oktober tahun lalu.
Tujuh negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan terhadap undang-undang tersebut bagi memastikan ia dapat terus melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat.
"Peruntukan seksyen 6 Akta A1663 memberikan ruang kepada Kerajaan Negeri/Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaksanakan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan Negeri, tertakluk persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
"Sehingga kini, negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak telah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.
Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, antara implikasi utama pelaksanaan undang-undang tersebut ialah Ahli Dewan tidak lagi 'free agent', dan parti politik kini mempunyai satu identiti dalam Perlembagaan, sekali gus mengubah corak landskap demokrasi berparlimen negara.
"Ini sedikit sebanyak telah membantu dalam usaha penubuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ini," katanya.
Mengenai usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang berkaitan antilompat parti bagi semua negeri, Azalina berkata, perkara itu berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sepenuhnya.
"Biar Kerajaan Negeri yang buat keputusan mereka, dan dalam hal ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri tersebut untuk membuat pindaan Perlembagaan negeri.
"Kerajaan Pusat tak boleh (campur) sebab isu lompat parti ini tidak berada dalam 'concurrent list' (senarai pelaksanaan serentak) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri," katanya.
Dalam pada itu, Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang memuktamadkan dasar dan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanajaya Perkhidmatan Parlimen untuk menjadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam, yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.
"Perkhidmatan Parlimen ini adalah amat penting dan merupakan satu progres yang baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.
"Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara ini akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Pada 28 Julai tahun lalu, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua per tiga.
RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 23 2023

Azalina berkata, kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan terhadap undang-undang tersebut bagi memastikan ia dapat terus melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat. - Gambar/ Bernama

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

Waris Sulu mungkin diperguna negara barat - Azalina
Katanya, waris Sulu menuntut bayaran sebanyak AS$16 bilion atau bersamaan RM73.46 bilion termasuk caj tuntutan daripada Malaysia.

264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan.

Kalimah Allah: Jelaskan isu agar rakyat faham, elak pihak ambil kesempatan - Azalina
Azalina menyifatkan pengendalian isu sensitif berkenaan ibarat menarik rambut dari tepung.

Tuntutan terhadap Sabah satu penyalahgunaan undang-undang - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, terdapat pelbagai unsur dalam kes yang difailkan waris Sultan Sulu itu yang menimbulkan keraguan dan persoalan.

Tuntutan Sulu: Malaysia tidak bersalah - Azalina
Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menangani tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

Hak Majlis Peguam luluskan usul tidak percaya Peguam Negara - Azalina
Beliau berkata kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu.

Satu akta khusus perlu dipertimbangkan bagi melindungi negara daripada tuntutan pihak asing - Azalina
Malaysia harus menimbangkan untuk menggubal satu Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada sebarang kemungkinan tuntutan asing.

Salah guna kuasa: RUU Ombudsman Malaysia di peringkat akhir
Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC
Sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC.

Kerajaan bangunkan laman sesawang khusus berkaitan tuntutan kumpulan Sulu - Azalina
Kerajaan telah membangunkan sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu yang akan dilancarkan esok.