awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata - Wan Junaidi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/11/2021
06:29 MYT
Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata - Wan Junaidi
Peruntukan untuk Ahli Parlimen yang tidak sertai MoU akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa pemandu akan datang, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Peruntukan sama rata pada masa ini hanya diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan.
Sementara isu peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang tidak menyertai itu pula akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa MoU Transformasi dan Kestabilan Politik untuk dibincangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Ini sebenarnya bermula dengan penegasan dalam jawatankuasa pemandu itu sendiri yang mengatakan hanya mereka yang terlibat sahaja akan diberi dahulu.
"Selepas itu, perkara ini Insya-Allah saya akan bawa dalam mesyuarat jawatankuasa akan datang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang memohon semua Ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.
"Saya selaku Ketua Pembangkang secara konsisten dari awal memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua ahli pembangkang walaupun tidak terikat dengan MoU," katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Anwar Ibrahim
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#peruntukan ahli parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan