awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
08:07 MYT
Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak
Zaiton (kanan) menyantuni lapan murid SK Tebing Rebak yang mengikuti sesi persekolahan baharu 2024. - Gambar/ Sinar Harian
BAGAN DATUK: Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini hanya menerima dua pendaftaran baharu bagi Tahun Satu sesi persekolahan 2024.
Dua murid berkenaan, Ashman Hazeeq Mohamed Redzwan dan Mohamad Haziq Haikal Mohamad Hilmi masing-masing 7 tahun dari Kampung Tebing Rebak.
Pendaftaran baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan murid yang mengikuti sesi pembelajaran di sekolah berkenaan adalah lapan orang.
Guru Besar, Zaiton Hashim berkata, daripada jumlah itu, dua murid berada di Tahun Satu dan Tiga manakala Tahun Dua, Empat, Lima dan Enam masing-masing satu murid.
Menurutnya, bilangan murid yang sedikit di sekolah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana tahun lalu merekodkan hanya seorang sahaja murid yang mendaftar di Tahun 1.
"Setiap tahun memang beginilah keadaannya, tiada pertambahan yang ketara dari segi bilangan murid.
"Tahun lepas, jumlah keseluruhan murid juga lapan murid, tahun ini bilangannya kekal kerana dua murid Tahun Enam yang tamat persekolahan diganti dengan dua murid Tahun 1 ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata, kekurangan murid di sekolah itu antara lain disebabkan kebanyakan generasi muda telah berhijrah ke bandar lain kerana bekerja.
"Bilangan murid yang sedikit ini membuatkan hubungan antara guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti kampung di sini sangat akrab.
"Kami dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun hanya dianggotai empat penjaga sahaja, semuanya kalangan ibu bapa kepada lapan pelajar ini," katanya.
Dalam pada itu, Zainon berkata, sekolah yang dibina sekitar 1954 dan terletak lebih 20 kilometer dari pekan Bagan Datuk itu kini mempunyai enam guru dan lima kakitangan sokongan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sekolah Kurang Murid
#Bagan Datuk
#Tebing Rebak
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan