awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya enam ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2021
10:47 MYT
Hanya enam ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Ismail Sabri memaklumkan seramai enam individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan kesemua mereka dikenakan kompaun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Enam individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat dan ia merupakan angka paling rendah setakat ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua mereka dikenakan kompaun.
Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai kesalahan ingkar SOP terbabit yang dikeluarkan buat masa ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak, esok seperti yang dijadualkan.
Ismail Sabri menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
Ismail Sabri menjelaskan, KKM telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan media harian berkaitan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu.
Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan Operasi Benteng (Op Benteng) pada Jumaat telah menangkap 49 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI).
Jelas beliau, Op Benteng juga telah merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot atau kapal.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 128 buah bot atau kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui sembilan aktiviti penglihatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#ismail sabri yaakob
#KKM
#ingkar SOP
#paling rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan