Diskaun 10 peratus untuk bil bulanan elektrik hanya akan diberi kepada rumah ibadat yang berdaftar dengan kerajaan pusat atau negeri, persidangan Dewan Negara diberitahu Selasa.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rumah ibadat yang tidak berdaftar tidak layak menerima diskaun khas itu kerana dikategori sebagai pengguna komersil.
Walaupun dapat diskaun, kerajaan berharap premis berkenaan dapat melaksanakan penjimatan elektrik dan menjadi contoh kepada masyarakat, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, di sini.
Beliau menjawab celahan Senator Firdaus Abdullah.
Diskaun itu dinikmati oleh sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi, rumah ibadat dan rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan, selain institusi pendidikan yang ditaja sebahagiannya oleh kerajaan, serta hospital universiti di bawah Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata sebanyak 1,251 syarikat dan 4,090 anggota lembaga pengarah telah disenarai hitam atas pelbagai kesalahan berhubung projek perumahan di seluruh negara setakat 31 Mei lalu.
Katanya daripada jumlah itu, 118 syarikat disenarai hitam kerana projek terbengkalai dan 250 lagi kerana 'projek sakit'.
"Mana-mana individu yang didapati bersalah menimbulkan masalah dalam menyiapkan sesuatu projek perumahan tidak akan dapat lari daripada disenarai hitam.
"Kalau nama syarikat boleh ditukar tetapi nama anggota lembaga pengarah yang telah disenarai hitam tidak akan berpeluang lagi untuk terlibat dalam industri tersebut," katanya kepada celahan Senator Datuk Noriah Mahat yang ingin tahu jumlah syarikat hartanah itu yang telah disenarai hitam.
Bernama
Wed Dec 18 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.