[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Hanya satu lokaliti baharu dikenakan PKPD

Astro Awani 04/10/2021 | 09:43 MYT
Hanya satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala satu lagi dilanjutkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hanya satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala satu lagi dilanjutkan.

Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua lokaliti ini membabitkan negeri Kelantan dan Pahang, bermula 6 Oktober hingga 19 Oktober.

Lokaliti di Kelantan yang dilaksanakan PKPD ialah sebahagian Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai.

Di Pahang pula, lokaliti yang dilanjutkan PKPD ialah Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Mukim Gali, Raub.

PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang pula ditamatkan mengikut jadual iaitu Kampung Garib, Kudat, serta Kampung Dusun Pak Senam, Lipis dan tiga rancangan Felda di Bera.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #Pahang #Kelantan