Hanya satu lokaliti dikenakan PKPD bermula 8 Okt ini - MKN

Astro Awani
Oktober 6, 2021 13:05 MYT
Datuk Rodzi Md Saad berkata SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya satu lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 Oktober ini, iaitu Prosdet Pantos, Mukim Ulu Jelai, Lipis di Pahang.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD itu akan tamat pada 21 Oktober dan prosedur operasi standard (SOP) dikenakan adalah sama seperti PKPD di kawasan lain sebelum ini.
Sumber Facebook MKNJPM
Selain itu, PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah akan ditamatkan pada 7 Oktober seperti yang dijadualkan
Sementara itu, MKN turut mengesahkan tiada lokaliti yang bakal dilanjutkan PKPD.
#Majlis Keselamatan Negara #perintah kawalan pergerakan #PKPD #Pahang