Hanya sembilan orang di pusat pemindahan banjir di Pahang

Bernama
Januari 14, 2014 04:43 MYT
-- gambar fail
Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dan hanya sembilan orang masih ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Lipis.
Sembilan mangsa banjir daripada dua keluarga itu masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Beralas, Lipis.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, mereka masih belum dibenarkan pulang berikutan petempatan mereka ditenggelami air melebihi satu meter.
Mengikut rekod, banjir buruk di Pahang yang mula melanda awal Disember lepas telah mengakibatkan lebih 55,000 orang daripada 19,776 keluarga di sembilan daerah dipindahkan selain meragut tiga nyawa.
#banjir #Kuantan #lipis #Pahang #pusat pemindahan