MALAYSIA
Hanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia diiktiraf di Melaka - JAIM
Hanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf di Melaka, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.
MELAKA: Hanya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf di Melaka, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.
Beliau yang juga Pengerusi Panel Pengesahan Halal Negeri Melaka berkata pihaknya juga bersetuju dengan penegasan JAKIM bahawa penggunaan istilah seperti 'Muslim Choice' atau seumpamanya bukanlah satu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa.
"Perbuatan itu boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis dan melanggar peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
"Selain itu, sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan umat Islam yang dikeluarkan mana-mana pihak selain JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah tidak sah serta menyalahi peraturan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Md Azhan berkata penggunaan logo berkenaan boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara serta mengelirukan pengguna dan JAIM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap logo halal palsu atau sijil yang dikeluarkan pihak yang tidak diiktiraf dengan pemeriksaan boleh dibuat melalui portal https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal.
Md Azhan berkata orang awam juga digesa melaporkan kepada JAIM sekiranya terdapat keraguan terhadap status halal sesuatu produk, premis makanan atau restoran.
"Keprihatinan pengguna terhadap status halal bukan sahaja melindungi diri dan keluarga daripada perkara syubhah malah menyumbang kepada pembangunan industri halal yang berintegriti di Melaka," katanya.
-- BERNAMA