awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin

Bernama
Bernama
13/11/2024
12:38 MYT
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata syarikat terlibat bagaimanapun perlu mempunyai kemampuan dalam industri berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata syarikat terlibat bagaimanapun perlu mempunyai kemampuan dalam industri berkenaan.
"Apa yang penting kita kena telus, kita tak mahu orang yang tiada pengalaman buat. Tanah kerajaan, kita kena pilih syarikat berkemampuan sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.
Aminuddin berkata pihaknya turut memberi tempoh masa tertentu iaitu satu hingga enam bulan untuk urusan penjelajahan kawasan kepada pihak yang berminat dalam pengurusan NR-REE ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri meluluskan dua kawasan berkeluasan kira-kira 400 hektar di negeri ini untuk dijadikan lokasi perlombongan NR-REE yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Sementara itu Aminuddin berkata Negeri Sembilan dijangka memperoleh hasil lebih tinggi tahun ini berbanding sasaran RM520 juta dalam belanjawan tahun lepas.
"Hasil negeri telah mencapai 95 peratus setakat ini dan dijangka melepasi sasaran pada hujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#REE
#unsur nadir bumi bukan radioaktif
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan