Penjawat awam di negara ini perlu memainkan peranan penting dalam usaha mempercepat pemulihan ekonomi negara yang kini terjejas teruk akibat penularan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjawat awam seharusnya menghapuskan kerenah birokrasi yang menyukarkan rakyat memulihkan sosioekonomi serta kehidupan mereka dan berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan masalah dihadapi rakyat pada masa ini.
"Sepatutnya lulus seminggu ambil masa belek dahulu, lihat dahulu sampai tiga bulan (baru diluluskan), masa itu ekonomi buruk anda (penjawat awam) tidak membantu. Seperti lesen perniagaan bila COVID-19 banyak peniaga tepi jalan tidak dapat berniaga.
"Sekarang boleh buka, tetapi jika peniaga nak kembali berniaga tunggu setahun (lulus lesen) bagaimana. Mereka ada isteri dan keluarga," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor.
Muhyiddin berkata penjawat awam perlu faham bahawa pengurusan pandemik COVID-19 perlu seimbang antara menjaga kesihatan awam dan memastikan kestabilan ekonomi negara.
Beliau berkata apa yang penting pada masa ini adalah memelihara kehidupan rakyat di negara ini dan menjana ekonomi negara yang seterusnya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu buat masyarakat.
"Isu utama ialah bagaimana hendak menghidupkan semula ekonomi, bagaimana nak memelihara sumber pendapatan rakyat. Ini bukan sahaja mengenai kehidupan, kesihatan dan punca pendapatan tetapi juga soal ekonomi. Kita harus membantu rakyat.
"Sektor terjejas teruk (ketika COVID-19) sektor pelancongan, sempadan negara masih ditutup. Tetapi ada tanda-tanda pemulihan dengan hotel sudah mula penuh bukan dengan warga asing tetapi warga tempatan. Ini peranan warga tempatan kita dalam membantu sektor ekonomi ini," katanya.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan antara negara terhadapan dalam menangani dan menguruskan COVID-19, bagaimanapun, beliau menegaskan Malaysia tidak boleh sama sekali menjadi antara negara yang terbelakang dalam memulihkan ekonomi pasca-COVID-19.
Muhyiddin berkata penularan COVID-19 telah memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak antaranya perlunya langkah digitalisasi dilaksanakan secara berkesan bagi membantu rakyat meneruskan kehidupan dan menjana pendapatan.
"Misalnya, rakyat terutamanya anak muda kini bijak memasarkan produk mereka secara dalam talian serta perlunya internet berkelajuan tinggi dalam membantu pembelajaran secara dalam talian antara guru dan anak muridnya," katanya.
Beliau berkata kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) akan melaksanakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha penambahbaikan komunikasi digital negara yang mana Sabah merupakan antara negeri yang bakal memperoleh manfaat besar dalam pelan tersebut.
Dalam pada itu, Muhyiddin, berkata, kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan keperluan Sabah apabila sebanyak RM22 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 telah diperuntukan bagi membangunkan sosioekonomi negeri termasuk sektor perindustrian, pendidikan, pelancongan dan pertanian.
Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Sabah sehaluan dan nengan kerajaan Persekutuan pimpinannya serta dapat bekerja sebagai satu pasukan kerana ia dapat memberi kesan yang lebih besar dalam pelbagai aspek.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 29 2020
Muhyiddin berkata penjawat awam perlu faham bahawa pengurusan pandemik COVID-19 perlu seimbang antara menjaga kesihatan awam dan memastikan kestabilan ekonomi negara. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
KPDN tangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.
Jangan biarkan karenah birokrasi sabotaj pembangunan Sabah - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, karenah birokrasi tersebut mengakibatkan banyak projek pembangunan tertangguh.
Perlu ada kesungguhan untuk modenkan sektor pertanian, penternakan
Cabaran terbesar adalah kerenah birokrasi untuk menerapkan teknologi terkini dalam sektor tersebut.
Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meminta agar prosedur pengesahan pemberian bantuan banjir dapat dikurangkan, bagi mengatasi masalah kelewatan pemberian bantuan itu kepada ma
'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.
Hentikan birokrasi, mudahkan rakyat bertemu pemimpin
Sebelum ini kalau sesuatu permohonan itu harus dilakukan melalui, kena dapatkan surat sokongan daripada ketua kampung, daripada penghulu.
Moratorium: Sedarlah BNM, andaian 'on paper' tidak sama dengan realiti - Shahril
Alasan yang menyatakan kononnya operasi bank akan terjejas apabila melaksanakan moratorium automatik, tidak boleh diterima akal.
Tidak perlu lanjutkan darurat: Ini 7 perkara disepakati Raja-Raja Pemerintah
Perkara itu dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pasca pertemuan itu.
Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.