GADGETS

AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara

Amanz 23/12/2025 | 03:40 MYT
FCC mengharamkan import dron dan komponen luar negara, termasuk DJI dan Autel, untuk memastikan keselamatan ruang udara AS dan galakkan industri tempatan. -Foto fail/Amanz
SURUHANJAYA Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengharamkan import semua dron serta komponen baharu yang dibuat di luar negara, termasuk keluaran DJI dan Autel.


Ringkasan AI
  • FCC mengharamkan import dron dan komponen luar negara, termasuk DJI dan Autel, untuk memastikan keselamatan ruang udara AS dan galakkan industri tempatan.
  • Pengguna terpaksa mencari alternatif dron tempatan kerana larangan import dron baru atau alat ganti dari luar negara.
  • Tindakan FCC berlandaskan Akta Kebenaran Pertahanan Nasional 2025, yang memerlukan penilaian dron buatan China bagi keselamatan; DJI menunggu audit pihak berkuasa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan memacu industri pembuatan dron tempatan.

Tiada dron baharu atau alat ganti akan dibenarkan masuk, sekali gus memaksa pengguna mendapatkan alternatif buatan syarikat tempatan.

Tindakan FCC selaras dengan Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) Tahun Fiskal 2025 yang diluluskan Kongres Disember lalu, yang mewajibkan penilaian ke atas dron buatan China dalam tempoh setahun bagi menentukan tahap risiko keselamatan.

Jun lalu, DJI memaklumkan pihak berkuasa masih belum menjalankan audit walaupun permintaan telah dihantar pada Mac.

Syarikat itu menegaskan mereka bersedia diaudit dan yakin tiada isu keselamatan akan ditemui.. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) berkenaan dengan dron dari luar negara?
    A: FCC mengharamkan import semua dron serta komponen baharu yang dibuat di luar negara, termasuk keluaran DJI dan Autel.
  • Q: Apakah tujuan utama pengharaman import dron dari luar negara yang dilakukan oleh FCC?
    A: Langkah tersebut diambil bagi menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan memacu industri pembuatan dron tempatan.
  • Q: Apakah impak kepada pengguna dron di AS hasil daripada tindakan FCC ini?
    A: Pengguna dron di AS perlu mendapatkan alternatif buatan syarikat tempatan kerana tiada dron baharu atau alat ganti yang dibenarkan masuk ke negara tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diperlukan bagi pengguna dron yang terkesan dengan pengharaman import dron dari luar negara?
    A: Pengguna perlu mencari alternatif dron buatan tempatan sebagai ganti import dron dari luar negara.
  • Q: Apakah sebab latar belakang kepada keperluan penilaian ke atas dron buatan China yang diperlukan oleh Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) Tahun Fiskal 2025?
    A: NDAA Tahun Fiskal 2025 yang diluluskan Kongres Disember lalu mewajibkan penilaian ke atas dron buatan China dalam tempoh setahun bagi menentukan tahap risiko keselamatan.



#Amerika Syarikat #dron #FCC #DJI #Autel #China