[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

Haresh Deol dakwa diserang dua lelaki di Bangsar

Firdaus Azil 25/11/2025 | 10:45 MYT
Haresh berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. - Gambar Instagram Haresh Deol
KUALA LUMPUR: Pengarang Urusan portal berita Twentytwo13, yang juga pengulas sukan tanah air, Haresh Deol mendakwa diserang dua individu yang tidak dikenali, ketika di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Pengarang Urusan Twentytwo13, Haresh Deol diserang dua individu di Bangsar, Kuala Lumpur. Salah seorang rakam serangan itu.
  • Haresh membuat laporan polis berhubung insiden tersebut selepas mengkritik 'skandal' FAM.
  • Beliau menegaskan pentingnya integriti dan kejelasan dalam tadbir urus bola sepak, menuntut bukti sahih warisan pemain dan mengecam kegagalan institusi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam perkongsian ringkas di laman media sosialnya, pengamal media itu, yang terkenal atas kelantangan beliau mengecam ‘skandal’ yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah diserang dengan salah seorang daripada dua individu tersebut merakam serangan tersebut.

Haresh berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Haresh, yang juga Timbalan Presiden Kelab Media Nasional (NPC) secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM kerana kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi.

Dalam artikel Twentytwo13 bertajuk “Fifa exposes FAM’s shame, Malaysians deserve answers”, Haresh menyifatkan pendedahan FIFA sebagai tamparan hebat kepada Malaysia, mengutuk mentaliti “kami tahu apa yang terbaik” dalam FAM dan menuntut bukti sahih warisan pemain.

Beliau menegaskan bahawa isu tersebut bukan sekadar teknikal tetapi melibatkan pemalsuan dokumen dan kegagalan institusi.

Haresh juga menzahirkan pandangan bahawa apabila perkataan seperti “forgery” dan “citizenship” muncul bersama, ia bukan lagi isu bola sepak semata-mata tetapi soal kepercayaan awam terhadap badan sukan.

Sewaktu sidang media pertama FAM pada 17 Oktober 2025 selepas FIFA mengenakan sekatan, Haresh menyifatkan sesi itu sebagai “kajian kes komunikasi krisis yang gagal” kerana FAM hanya membaca kronologi tanpa menjawab persoalan utama.

Tambahnya lagi, beliau meninggalkan Wisma FAM dengan lebih banyak soalan berbanding jawapan, menekankan bahawa sidang media tersebut menggambarkan kegagalan kepimpinan dan mesej yang kabur.

Sewaktu ditemubual agensi berita Al-Jazeera dan audio siar antarabangsa, Haresh berkata, beliau mengkritik “obsesi mendapatkan pemain asing untuk keputusan segera” sebagai budaya jalan pintas yang merosakkan pembangunan bola sepak jangka panjang.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang mendakwa diserang dua individu yang tidak dikenali di Bangsar, Kuala Lumpur?
    A: Haresh Deol, pengarang urusan portal berita Twentytwo13 dan pengulas sukan tanah air.
  • Q: Apakah yang dikaitkan dengan serangan yang dialami oleh Haresh Deol?
    A: Serangan tersebut dikaitkan dengan kelantangan Haresh mengecam 'skandal' yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Haresh selepas diserang?
    A: Haresh telah membuat laporan polis berhubung insiden serangan yang dialaminya di Bangsar.
  • Q: Apa yang disifatkan oleh Haresh Deol sebagai tamparan hebat kepada Malaysia berhubung pendedahan FIFA?
    A: Pendedahan FIFA disifatkan sebagai tamparan hebat kepada Malaysia berhubung isu kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam FAM.
  • Q: Apakah pandangan Haresh Deol berhubung isu pemain naturalisasi dalam bola sepak Malaysia?
    A: Haresh menegaskan bahawa isu pemain naturalisasi bukan sekadar teknikal tetapi melibatkan pemalsuan dokumen dan kegagalan institusi, serta melibatkan soal kepercayaan awam terhadap badan sukan.



#bola sepak #FAM #pemalsuan dokumen #integriti