[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

Haresh diserang: SAM, Hannah Yeoh gesa siasatan dilakukan dengan sewajarnya

Firdaus Azil 25/11/2025 | 12:04 MYT
Motif serangan terhadap Haresh masih tidak diketahui, dan Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap memohon siasatan segera terhadap serangan yang berlaku. - Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengecam serangan ke atas Pengarang Urusan portal Twentytwo13, dan juga ahli SAM, Haresh Deol yang berlaku petang Selasa.


Ringkasan AI
  • Serangan fizikal ke atas Haresh Deol, Pengarang Urusan Twentytwo13 dan ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), dicemuh oleh SAM sebagai tindakan ekstrem yang tidak dapat diterima.
  • Haresh diserang oleh dua individu tidak dikenali, manakala satu lagi merakam kejadian itu, menyebabkan kecederaan ringan dan beliau telah membuat laporan polis.
  • Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap menuntut siasatan segera terhadap insiden tersebut, sambil menegaskan bahawa serangan terhadap wartawan tidak boleh diabaikan, dan agar ahli SAM tidak hidup dalam ketakutan.


Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, SAM mengesahkan ketika kejadian jam 3.30 petang, Haresh diserang dua individu tidak dikenali, manakala seorang lagi merakam insiden itu.

Ia berkata, Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Motif serangan terhadap Haresh masih tidak diketahui, dan Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap memohon siasatan segera terhadap serangan yang berlaku.

"Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan, SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini," katanya lagi.

Difahamkan Haresh yang juga Timbalan Presiden Kelab Media Nasional (NPC) sedang melakukan perbincangan bersama beberapa rakan, sebelum diserang ketika bersendirian menuju ke keretanya.

Haresh, sebelum ini secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM kerana kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi.

Haresh juga menzahirkan pandangan bahawa apabila perkataan seperti “forgery” dan “citizenship” muncul bersama, ia bukan lagi isu bola sepak semata-mata tetapi soal kepercayaan awam terhadap badan sukan.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh senada dengan SAM dan menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan dengan sewajarnya.






#Haresh Deol diserang #persatuan penulis sukan malaysia #Hannah Yeoh #siasatan