awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga ayam mula tunjuk trend penurunan - KPDNHEP

Bernama
Bernama
21/09/2021
22:15 MYT
Harga ayam mula tunjuk trend penurunan - KPDNHEP
Pemeriksaan oleh pihak penguatkuasa KPDNHEP mendapati harga ayam di pasaran kini menunjukkan trend penurunan berbanding minggu sebelumnya. -Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pemeriksaan oleh pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam di pasaran kini menunjukkan trend penurunan berbanding minggu sebelumnya.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di 600 premis menjual ayam sejak semalam, 11 premis dikesan masih menjual ayam pada harga RM10 ke atas, 147 premis pula didapati menjual ayam pada harga RM9.50 ke atas, manakala 339 premis (RM9.50 ke bawah) dan 103 premis (RM8 ke bawah).
Beliau menyifatkan trend penurunan itu sebagai keberkesanan hasil penguatkuasaan KPDNHEP di seluruh negara termasuk kerjasama erat dengan semua peringkat rantaian pengedaran ayam termasuk peruncit, pemborong dan penternak.
"Kami akan terus melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga ayam kekal stabil," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di beberapa premis tumpuan di sekitar sini malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harga Ayam
#trend penurunan
#KPDNHEP
#Azman Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan