KUALA TERENGGANU: Kenaikan mendadak harga ayam secara borong dalam tempoh sebulan menyebabkan pengusaha restoran dan katering di Terengganu kini tertekan, kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan mereka.
Pemilik Pak Awi Nasi Ayam Muhammad Adam Zawawi, 27, berkata harga ayam secara borong ialah RM5.80 satu kilogram (kg) pada 1 Ogos lepas namun naik kepada RM7.40 pada 1 September dan meningkat lagi hingga RM8 hari ini.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memantau perkara itu, kerana kenaikan harga ayam ketika ini agak luar biasa kerana selalunya ia hanya berlaku pada musim perayaan.
"Kalau harga naik mendadak musim raya kita faham sebab permintaan yang terlalu banyak...tapi kali ini pembekal tidak memberi sebarang alasan munasabah.
"Saya guna 220kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restoran...memang sangat terasa dengan situasi ini, kalau berterusan naik hingga RM9 mungkin saya terpaksa kurangkan pekerja untuk minimakan kerugian," katanya.
Pemilik restoran ayam goreng Matt Orie Corner Mohd Harun, 46, pula berkata, beliau sangat tertekan dan kecewa dengan kenaikan harga ayam kali ini, kerana perniagaannya sudah teruk terjejas sebelum ini akibat pandemik COVID-19.
"Kerugian akibat pandemik pun belum dapat ditampung, terpaksa pula berdepan masalah baharu (kenaikan harga ayam). Pembekal tidak boleh menaikkan harga ayam sesuka hati kerana memberi kesan besar kepada pengusaha restoran, terutama yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dalam menu makanan.
"Sekarang pun boleh dikatakan saya berniaga dalam keadaan rugi...hanya bertahan kerana mengenangkan nasib pekerja sahaja...saya harap sangat isu kenaikan ini dapat dipantau dan diselesaikan segera demi 'survival' peniaga dan pekerja restoran," katanya yang menggunakan hampir 200kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restorannya di Kuala Terengganu.
Sharifah Mariam Shariff Along, 42, yang mempunyai lima premis restoran dan katering pula berkata beliau bercadang pergi ke Kelantan sebagai alternatif terakhir, sekiranya harga ayam di Terengganu kekal pada harga RM8 untuk belian borong.
"Harga borong di Kelantan cuma RM5.50...kalau pergi sana saya akan borong 500kg ayam sekali gus dan akan simpan di bilik sejuk beku. Sebelum ini pun memang saya akan borong dari Kelantan sekiranya harga di Terengganu naik mendadak," kata pemilik katering Pinggan2 dan Restoran Kunyek itu.
"Harga makanan sudah ditetapkan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati...mahu atau tidak terpaksa serap kos itu. Cuma bimbang kenaikan yang berterusan akan memberi impak yang teruk kepada perniagaan," katanya.
Sementara itu, tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang mendapati harga ayam untuk jualan runcit ialah RM9.50 setiap satu kilogram.
Peniaga memaklumkan mereka terpaksa menjual pada harga itu kerana harga borong yang diperolehi juga mencecah RM8 dan berharap KPDNHEP segera memantau kenaikan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Peniaga hairan kenaikan harga ayam kali ini berlaku di luar musim perayaan. - Bernama
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.