MALAYSIA
Harga ayam stabil sejak subsidi ditamatkan - Fuziah
Harga pasaran ayam dilaporkan stabil sejak penamatan subsidi yang berkuat kuasa pada 1 Nov 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga pasaran ayam dilaporkan stabil sejak penamatan subsidi yang berkuat kuasa pada 1 Nov 2023, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sebelum penamatan subsidi, pasaran ayam berdepan masalah kawalan harga meskipun kerajaan telah menetapkan harga kawalan dan bersubsidi.
"Antara strategi yang kita lakukan adalah pembanterasan terhadap kartel makanan ayam kerana 70 peratus kos pengeluaran ayam adalah makanan ayam. Jadi, kita kawal kos pengeluar ayam.
"Pada 1 Nov 2023, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mula ambil data harga ayam setiap hari untuk pastikan benar-benar berkesan. Tiada subsidi, tapi kita kawal sepanjang rantaian dan periksa harga ayam... sehingga hari ini, harga ayam stabil dan ada yang lebih rendah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung mekanisme pelaporan dan pemantauan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi memastikan langkah intervensi kos sara hidup memberi impak kepada pengguna serta indikator pencapaian keberkesanannya.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata situasi sama turut direkodkan bagi pasaran telur ayam susulan subsidi bahan keperluan itu ditamatkan bermula 1 Ogos lepas.
“Telur (ayam) juga tiada masalah bekalan, tiada isu dengan harga. KPDN ada punca kuasa untuk meneliti sepanjang rantaian iaitu harga di setiap peringkat, misalnya kos pengeluaran, bahan asas, kos pengedaran dan hingga peruncitan.
“Kita pastikan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan digunakan dengan akta-akta lain, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Persaingan 2010 dan sebagainya untuk memastikan kita dapat mengawal bekalan dan harga,” katanya.
Sementara itu, Fuziah berkata hasil tiga mesyuarat NACCOL sepanjang tahun ini, beberapa langkah intervensi kos sara hidup telah dilakukan termasuk dalam sektor kesihatan iaitu mewajibkan semua jenis ubat yang dijual atau dibekalkan di farmasi komuniti serta kemudahan kesihatan swasta mempunyai penandaan harga bermula 1 Ogos.
“Hasil keputusan mesyuarat NACCOL serta pembangunan Indikator Kos Sara Hidup dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar tahun ini, kita telah memulakan proses advokasi kepada rakyat. Selain itu, sebanyak RM25 juta juga diperuntukkan bagi melaksanakan Jualan Agro MADANI,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) berhubung usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat menerusi NACCOL selepas tiga siri mesyuarat berkenaan diadakan pada Februari, Mac dan Mei tahun ini.
-- BERNAMA