DREBAR

Harga bahan api Sept: Petrol turun 10 sen, diesel 15 sen seliter

Astro Publication 31/08/2015 | 16:05 MYT

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-58! Dan kali ini, ada kegembiraan tambahan bagi semua.

Bermula 1 September 2015, harga petrol RON 95 dan RON 97 akan turun sebanyak 10 sen. Dengan ini, harga RON 95 di pam adalah RM1.95 seliter, manakala RON 97 pula adalah RM2.35 seliter.

[Pada bulan Ogos, harga petrol di pam adalah RM2.05 dan RM2.45 masing-masing bagi RON 95 dan RON 97]

Harga diesel bagi bulan September pula adalah RM1.80 seliter, turun 15 sen daripada RM1.95 seliter.

Sumber: Utusan Online
# # diesel #petrol