MALAYSIA
Harga barang: PM gesa manfaat tanah terbiar, bendung peraih tekan harga
Anwar hadir pada sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 peringkat kebangsaan, di Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar tanah-tanah yang terbiar di kawasan perumahan dimanfaatkan untuk tujuan pertanian agar memberi manfaat kepada rakyat ketika berhadapan isu kos harga barang.
Ringkasan AI
Beliau turut menggesa agar pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berserta agensi di bawahnya untuk memperluas kempen serta latihan kepada masyarakat.
“Mana mungkin tanah di Malaysia subur kemudian kita hadapi masalah pengeluaran makanan tidak cukup, buah-buahan, sayur-sayuran tidak cukup langsung tidak masuk akal.
“Mana mungkin rumah yang ada tanah dibiar begitu sahaja kemudian kita keluh harga barang mahal jadi kita terpaksa beli, beli di pasar tani satu hal harganya relatif lebih murah tetapi mengapa tanah-tanah hijau yang banyak tidak boleh digunakan untuk tanaman.
“Ini soal yang kita mesti jawab dan kempen secara lebih meluas, kita boleh sediakan benih, teknikal dan latihan tetapi (ia) mesti digalakkan,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 peringkat kebangsaan, di sini, hari ini.
Pada masa sama Anwar turut menekankan masalah orang tengah dan peraih yang kerap mengambil untung besar, sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan dan petani.
“Di kalangan peladang terutama dalam kalangan nelayan kerana dikuasai oleh peraih itu pun ada masalah juga kadang-kadang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam konteks itu cuba nak beli (dari mereka) tak boleh kerana mereka terikat dengan hutang,” katanya lagi.
Beliau turut menekankan kerjasama di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), LKIM dan Bank Pertanian untuk menyelesaikan masalah golongan nelayan dan petani.
“Sebab itu kerjasama di antara agensi-agensi itu penting FAMA, LKIM Bank Pertanian itu penting kerana dia tidak ada penyelesaian satu pihak.
“Umpananya penyelesaian masalah petani bukan sahaja dengan FAMA, mesti dengan KPKM, dengan LPP dan mana-mana kaedah badan dan agensi (yang) boleh menyelaraskan.
“Apa dilakukan FAMA dan Kementerian itu penting kerana bila harga itu dapat terjamin kita boleh tekankan pengeluaran bertambah,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Anwar gesa manfaatkan tanah terbiar di kawasan perumahan untuk pertanian bagi mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan pengeluaran makanan.
- Kementerian Pertanian digesa perluas kempen & latihan, termasuk sedia benih dan sokongan teknikal untuk galakkan rakyat bercucuk tanam.
- Kerjasama agensi penting (FAMA, LKIM, Bank Pertanian) bagi atasi masalah orang tengah, menjamin harga dan tingkat pendapatan petani serta nelayan.