PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.
Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.
Beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.
"Memang benar harga barangan keperluan naik ketika ini. Kenaikan ini bukan berpunca daripada peniaga dan pemborong. Saya lihat ia berpunca daripada rantaian bekalan.
"Sebagai contoh harga ayam. Penternak ada kos, kilang ada kos, pemborong ada kos. Jadi bila sampai kepada peniaga, harga sudah tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di sini.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian terhadap situasi tersebut.
"Dalam masa sama, kita (kerajaan) kena lihat isu penglibatan orang tengah secara serius," katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.
"Untuk permulaan kita akan bawa masuk 200 kontena dahulu," katanya dan menambah bahawa bekalan ayam sejuk beku import itu dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.
Ismail Sabri berkata harga ayam tempatan ketika ini dijual pada harga yang tinggi berbanding sebelum ini.
“Peningkatan harga ayam di pasaran sehingga RM9.80 sekilogram adalah di luar kebiasaan walaupun sebelum ini pernah cecah lebih RM10 sekilogram. Tetapi jarang berlaku, biasanya harga ayam sekilogram antara RM7 dan RM8,” katanya.
Bagi isu bekalan ikan segar pula, Ismail Sabri berkata MAFI akan menghentikan sementara eksport ikan bagi memastikan bekalan itu mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga munasabah untuk pasaran tempatan.
“Kalau boleh kita hentikan sementara eksport ikan ke luar negara kerana yang penting ketika ini adalah rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan khususnya barang basah,” katanya.
Menurutnya, kaedah tersebut pernah dilakukan pada 2013 ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan ikan segar tempatan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Ismail Sabri ketika membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di Putrajaya hari ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.