Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen - MOF

Bernama 20/08/2025 | 09:45 MYT
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penurunan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok (21-27 Ogos).


Ringkasan AI
  • Harga diesel di Semenanjung turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh 2127 Ogos, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
  • Harga RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.13 dan RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
  • Penetapan harga secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, dengan kerajaan komited memantau perubahan pasaran demi kesejahteraan rakyat.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penurunan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut MOF harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada harga RM3.13 seliter dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut MOF.

-- BERNAMA


#Harga diesel turun #RON95 #RON97 #Kementerian Kewangan #harga minyak #terkini