awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga ikan segar naik RM2 hingga RM10 resahkan pengguna

Sinar Harian
Sinar Harian
06/05/2022
05:20 MYT
Harga ikan segar naik RM2 hingga RM10 resahkan pengguna
Peniaga ikan, Mohd Safuan Syuhardi berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana bahan mentah yang dijual itu adalah segar dan bukannya sejuk beku. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Kenaikan harga ikan segar sekitar RM2 hingga RM10 sekilogram di Pasar Besar Siti Khadijah di sini menimbulkan sedikit 'keresahan' dalam kalangan pengguna di negeri ini.
Rata-rata peniaga yang ditemui mendedahkan kenaikan harga bahan mentah itu disebabkan bekalan stok berkurangan selain sambutan Aidilfitri.
Peniaga ikan, Mohd Safuan Syuhardi berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana bahan mentah yang dijual itu adalah segar dan bukannya sejuk beku.
"Sebagai contoh ikan tenggiri, semasa Ramadan kami boleh jual dengan harga sekitar RM35 hingga RM38 sekilogram.
"Tetapi sekarang harga mencecah sehingga RM45 sekilogram. Jadi tidak mustahil jika seekor ikan tenggiri yang bersaiz besar boleh mencecah sehingga lebih RM100," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, selain tenggiri, kan-ikan lain turut mengalami kenaikan harga seperti ikan selayang yang sebelum ini RM8 tetapi kini dijual RM10-RM12 sekilogram.
Katanya, ikan tongkol hitam daripada RM12 naik kepada RM14, manakala tongkol putih yang sebelum ini dijual pada harga RM8 sekarang mencecah RM12 sekilogram.
Dia berkata, permintaan tinggi dan bahan mentah terhad menyebabkan peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga mengikut situasi semasa.
Topic Berkaitan
#harga ikan segar naik
#pasar besar siti khadijah
#Hari Raya Aidilfitri
#Mohd Safuan Syuhardi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan