awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga istimewa tiket penerbangan buat mahasiswa IPTA akan diumum - Loke

Bernama
Bernama
12/04/2023
16:13 MYT
Harga istimewa tiket penerbangan buat mahasiswa IPTA akan diumum - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.
"Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi ... kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan," katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga istimewa tiket penerbangan
#pelajar IPTA
#Sabah dan Sarawak
#Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan