MALAYSIA
Harga kediaman di Johor Bahru meningkat selepas pelancaran JS-SEZ - JLL Malaysia
Purata harga urus niaga untuk pangsapuri servis melonjak sebanyak 20.4 peratus berbanding purata tahunan pada 2024. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Harga hartanah kediaman di Johor Bahru telah melonjak pada suku kedua 2025 (S2 2025), didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih kukuh untuk hartanah mewah berikutan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Pengarah Urusan Perunding Hartanah JLL Malaysia Jamie Tan berkata purata harga urus niaga untuk pangsapuri servis melonjak sebanyak 20.4 peratus berbanding purata tahunan pada 2024, manakala rumah teres dua tingkat menyaksikan peningkatan kira-kira 8.6 peratus dalam tempoh sama.
Beliau berkata pertumbuhan harga itu disokong oleh minat daripada pembeli tempatan dan serantau, penambahbaikan infrastruktur bandar yang berterusan dan kesan limpahan JS-SEZ.
"Peningkatan infrastruktur kritikal menyokong pembangunan zon itu termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, menawarkan mod alternatif ulang-alik rentas sempadan," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rangkaian rel sepanjang empat kilometer itu dijadualkan beroperasi menjelang Disember 2026 dan mampu mengangkut maksimum sebanyak 10,000 penumpang sejam dalam setiap laluan, mengurangkan masa perjalanan merentas sempadan kepada hanya enam minit.
"Pelancaran JS-SEZ adalah tepat pada masanya kerana tempoh kos perniagaan di Singapura meningkat dengan mendadak, manakala Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan stabil, menarik dan hab digital yang sedang berkembang pesat ketika ini.
"Faktor-faktor ini telah mewujudkan tarikan kuat bagi banyak industri pembuatan dan perkhidmatan untuk menempatkan semula atau mewujudkan kemudahan 'kembar' di Johor, membolehkan mereka mengoptimumkan kos, pada masa sama mengekalkan jarak yang dekat dengan pasaran dan ketersambungan Singapura," kata Tan.
JS-SEZ, dilancarkan secara rasmi pada 8 Januari, 2025, meliputi 3,288 kilometer persegi merentasi sembilan kawasan utama di Iskandar Malaysia dan Pengerang.
Zon berkenaan hampir lima kali ganda saiz Singapura.
-- BERNAMA