GADGETS
Harga konsol, aksesori dan permainan Xbox dinaikkan di seluruh dunia
Microsoft mengumumkan kenaikan harga konsol Xbox Series X/S, aksesori, dan permainan di seluruh dunia, mengikuti langkah Sony yang menaikkan harga PlayStation 5 di beberapa pasaran. -Amanz
ADAKAH Tarif Trump hanya akan mendatangkan kesan kepada pengguna Amerika Syarikat? Jawapannya tentu sekali tidak.
Ringkasan AI
- Microsoft mengumumkan kenaikan harga konsol Xbox Series X/S, aksesori, dan permainan di seluruh dunia, mengikuti langkah Sony yang menaikkan harga PlayStation 5 di beberapa pasaran.
- Kenaikan harga ini disebabkan oleh tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas negara rakan dagang, termasuk tarif 24% untuk cip yang dibuat di Malaysia dan sehingga 245% untuk konsol yang dipasang di China.
- Dengan menaikkan harga di semua pasaran, Microsoft dapat mengelakkan kenaikan harga yang lebih drastik hanya di Amerika Syarikat, di mana kenaikan harga tertinggi berlaku.
Semalam Microsoft mengumumkan kenaikan harga konsol Series X/S, aksesori, dan juga permainan Xbox di seluruh dunia secara serta-merta.
Langkah ini diambil hanya beberapa minggu selepas Sony menaikkan harga konsol PlayStation 5 di tiga pasaran.
Ini ialah kali pertama harga jualan konsol dan aksesori Xbox dinaikkan oleh Microsoft sejak ia dilancarkan lima tahun lalu.
Harga jualan permainan misalnya kini bermula $80 berbanding $70 sebelum ini. Walaupun harga konsol dan aksesori dinaikkan di seluruh dunia, kenaikan tertinggi ialah untuk pasaran Amerika Syarikat.
Sebagai contoh harga Xbox Series X di Amerika naik $100 ke $600 sebuah sedangkan di UK ia hanya £50 ke £300 (~$5330) sebuah.
Kesemua kenaikan ini berkait dengan tarif tinggi dikenakan Amerika Syarikat ke atas semua negara rakan dagang mereka.
Dengan cip Xbox dibuat di Malaysia yang dikenakan tarif 24% dan konsol pula dipasang di China dengan tarif sehingga 245%, kenaikan harga produk tidak dapat dielakkan.
Dengan menaikkan harga jualan produk ke semua pasaran, Microsoft dapat mengelakkan harga dinaikkan lebih dua kali ganda hanya di Amerika. -Amanz